KUBANG PASU – Alhamdulillah, pada 2 April 2021, Wangi 2 telah berjaya dilaksanakan, dimulakan dengan menyantuni kawasan Taman Tabung Haji dan sekitar Kampung Naga oleh sebahagian AJK Wanita Kubang Pasu yang diketuai oleh Ukht Norazzah Yusof, sebanyak 38 keluarga telah disantuni bagi sesi pertama ini.
Sempena dengan Ramadan yang bakal tiba, JK Wanita telah menyumbang sekotak kurma bagi setiap rumah yang telah disantuni sebagai persiapan menjelang Ramadan.
Selain itu, secara tidak langsung JK Wanita juga turut melaksanakan kempen pendaftaran vaksin Covid-19 kepada mereka supaya dapat memudahkan urusan pendaftaran kepada yang memerlukan. Hal ini seiring dengan saranan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Semoga diberkati tiap amal kebaikan! Amin.