UCAPAN HARI MALAYSIA PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM) NEGERI SARAWAK

UCAPAN HARI MALAYSIA
PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM) NEGERI SARAWAK

16 Muharam 1441H / 16 September 2019

SAYANGI MALAYSIAKU: MALAYSIA BERSIH 

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan rahmat dan  izinNya  kita dapat menyambut dan meraikan Hari Malaysia bagi tahun 2019.

Pada tahun ini Hari Malaysia sangat istimewa kerana disambut  dalam bulan Muharam 1441H. Oleh itu, semangat dengan tema Maal Hijrah 1441H, “Negara Rahmah, Ummah Sejahtera” masih lagi segar dan relevan. Dalam pada itu, negeri Sarawak pada tahun ini juga bertuah kerana telah dipilih menjadi tuan rumah bagi Majlis  Sambutan Hari Malaysia 2019 yang akan diadakan di Stadium Perpaduan (Tertutup) Petra Jaya, Kuching, Sarawak.

Negeri Sarawak semenjak 56 tahun yang lepas, telah bersama-sama dalam membentuk negara Malaysia. Sepanjang tempoh itu menunjukkan kesepakatan hidup  bermasyarakat serta  bersatu-padu boleh dibudayakan demi mencapai kesejahteraan dan pembangunan bersama-sama. Kepercayaan dan perpaduan ini terbukti adalah satu faktor penting dalam membangun sebuah negara. Oleh itu, kita dan generasi baharu perlu sentiasa ditekankan tentang betapa pentingnya untuk mengekalkan nilai kepercayaan dan perpaduan bangsa Malaysia ini.

Bersempena dengan tema Hari Malaysia 2019 iaitu ‘Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih’, marilah kita  bersama-sama menyemarakkan perpaduan serta menumbuhkan semangat cintakan negara kita ini. Selain itu, menyalakan nilai integriti, jati diri rakyat Malaysia yang bersih dan tinggi dalam menuju Malaysia Baharu adalah tanggungjawab semua peringkat masyarakat.

Sesungguhnya, kesedaran kita tentang betapa besar nikmat yang ada di dalam negara ini, akan menyebabkan kita akan sentiasa mencari jalan dan berusaha sedaya mungkin untuk mempertahankannya. Oleh itu, kita menyambut baik saranan Perdana Menteri dalam ucapan beliau sempena Hari Kebangsaan baru-baru ini dalam mewujudkan Wawasan Kemakmuran Bersama. Usaha  tersebut adalah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang terus-menerus membangun secara mampan seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil dan inklusif di setiap peringkat rantaian nilai, kelas, kaum dan geografi sehingga mewujudkan rasa keharmonian dan kestabilan dalam kalangan rakyat menjelang tahun 2030.

Kita sebagai rakyat Malaysia sewajarnya berpimpin tangan menuju ke arah yang lebih padu dan utuh. Oleh itu, marilah sama-sama kita menghayati firman Allah SWT:

وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ

Maksudnya: Dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, (Surah al-Anfal: 46)

Harapan saya dan seluruh warga IKRAM Sarawak, semoga kita dapat merapatkan perpaduan dan menyatukan masyarakat dengan penuh keharmonian dan aman sejahtera.

Ya Allah! Sesungguhnya kami memohon rahmat dari sisi-Mu, semoga Engkau memperkukuhkan perpaduan kami, Engkau merapatkan jurang perpecahan / perselisihan kami, Engkau hindarkan diri kami daripada segala fitnah, dan Engkau memperelokkan urusan agama dan kehidupan dunia kami.

Selamat menyambut Hari Malaysia dan selamat maju jaya.

Sekian.

Wabillahhitaufik walhidayah wasalamualakan warahmatullahi wabarakatuh.

“Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih”

Ust Hj Mohamad Salleh Bin Hamdin
YDPN Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Sarawak

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia