Tidak Hadir Ke Sekolah Disangka Masalah Kewangan, Rupa-rupanya..

BEHRANG, 1 Mei 2022 – Gejala ponteng sekolah bukan perkara baharu di negara kita. Pelajar mahupun ibu bapa memberikan seribu satu alasan kenapa mereka atau anak-anak mereka tidak hadir ke sekolah.
Berbekalkan maklumat daripada guru, jawatankuasa Khidmat Masyarakat IKRAM Batang Padang (IBP) melalui sebuah kumpulan usrah IBP mengambil inisiatif menziarahi rumah keluarga seorang pelajar tingkatan satu yang dikesan gagal hadir ke sekolah tidak seperti rakan-rakannya yang lain.
Ketika Exco Khidmat Masyarakat IBP, Puan Norhidayah menemui ibu pelajar tersebut di perumahan Rumah Murah Behrang Stesen, semacam ada sesuatu yang tidak terluah dek kata-kata.
Walaupun keadaan rumahnya agak daif dan tidak terurus, namun menurutnya wang bukan alasan anaknya tidak ke sekolah.
“Sebenarnya arwah suami saya memang tak benarkan anak-anak kami bersekolah menengah kerana tak mahu mereka terlibat dengan gejala sosial. Budak-budak sekarang bermacam-macam perangai. Sebab tu semua anak kami sampai darjah enam sahaja,” ujar si ibu apabila diminta meluahkan isi hatinya.
Bagaimanapun, beliau berbangga anak-anaknya tetap ‘menjadi’ kerana masing-masing mempunyai kerjaya sendiri walaupun bukan kategori ‘bergaji besar’.
JKKM IBP percaya sesuatu boleh dilakukan untuk meyakinkan si ibu supaya membenarkan anaknya belajar ke peringkat tertinggi kerana tiada harta yang lebih berharga daripada ilmu.
Pada akhir pertemuan, sedikit barangan makanan kering dan wang diserahkan kepada si ibu sebagai sumbangan hari raya – Media IBP

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

[supsystic-social-sharing id='1']

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia