Suarakan Isu melalui Penulisan Berimpak Tinggi, Positif

SERDANG – “Setiap ahli harus tampil sebagai wakil masyarakat dalam menyuarakan sesuatu isu melalui penulisan yang berimpak tinggi dan positif.”

Ketua Wanita IKRAM Selangor, Prof. Dr. Norhasmah Sulaiman berkata demikian kepada seramai 15 orang relawan media dari lebih 10 sayap Wanita IKRAM Kawasan di seluruh Selangor dalam Bengkel Penulisan Berita dan Artikel anjuran Wanita IKRAM Selangor yang berlangsung di sini semalam.

Beliau yang berkesempatan hadir secara maya turut berkata dalam ucapan alu-aluannya; dengan menulis juga, seseorang mampu membentuk pandangan umum masyarakat terhadap sesuatu isu dan seterusnya tampil menjadi pemimpin kepada masyarakat.

Pada masa sama, Pegawai Jabatan Komunikasi dan Multimedia, Pertubuhan IKRAM Malaysia, Atriza Umar yang dijemput sebagai jurulatih bagi bengkel berkenaan turut menekankan bahawa setiap penulis mestilah mempunyai niat dan motif yang baik dalam menulis serta memahami dengan baik kualiti isi berita dan artikel yang akan ditulis.

“Penulisan yang baik itu kaya data dan fakta serta bebas daripada sebarang unsur yang buruk contohnya perkara-perkara yang boleh membuka pintu maksiat, khilaf dan kekeliruan,” ujarnya.

Beliau yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang kewartawanan dan penulisan itu menegaskan, penulis mestilah berani dalam berkarya serta perlu berasa bertanggungjawab ke atas setiap penulisan yang dikeluarkan.

“Jadilah saksi kepada kebenaran. Penulis mesti menanamkan kesedaran dalaman bahawa menulis ialah ibadah kerana kita akan dipertanggungjawabkan dan diawasi oleh Allah SWT,” jelasnya.

Selain itu, para peserta turut berpeluang untuk terus mengaplikasikan ilmu dan tip penulisan yang diperoleh apabila slot pada sebelah petangnya diperuntukkan bagi menulis berita atau artikel yang diingini dengan bimbingan daripada jurulatih.

Hadir sama, Timbalan Ketua Wanita IKRAM Negeri Selangor, Dr. Syamimi Saadon. Bengkel tamat pada kira-kira jam 4.30 petang.

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia