Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Siri Minda YDP IKRAM Selangor: DUNIA KEHILANGAN PEJUANG PENDEKATAN ISLAM WASATIYY

Bermula petang semalam hampir semua media sosial umat Islam mengkhabarkan berita kembalinya kerahmatullah Syeikh Dr Yusuf Qaradawi. Semuanya menyatakan kesedihan dan merasai kehilangan. Semuanya mendoakan rahmat Allah dan syurga buat syeikh.

Syeikh Qaradawi membesar dari biah, pemikiran dan perjuangan Islam yang wasatiyy. Mengkagumi pemikiran tajdid Muhammad Abduh dan Rasyid Redha. Menyertai gerakan Islam Ikhwan Muslimin. Menekuni risalah, pidato dan bimbingan tarbiyyah Imam Hassan Al Banna. Mendalami penulisan dan pendekatan Masyayikh Al Azhar seperti Syeikh Dr Abdullah Darraz, Syeikh al Bahi Khuliy, Syeikh Mohamed Abu Zuhrah, Syeikh Mahmoud Syaltut dan Syeikh Abdul Halim Mahmoud. Bersahabat baik dengan Syeikh Muhammad Al Ghazali dan Sayyid Sabiq.

Adunan pengajian Islam yang dilalui, pembacaan dan kajian yang mendalam, pengalaman haraki bersama Ikhwan, sentuhan rabbani ulamak-ulamak besar, pengalaman menemui hampir semua gerakan dan pimpinan Islam didunia telah membentuk Syeikh Qaradawi. Semua itu ditumpahkan dalam lebih 120 buku dan ribuan artikel yang ditulis beliau. Juga dicurahkan kepada pemuda-pemuda dalam pidato, syarahan dan kuliah di hampir seluruh dunia yang ada umat Islam.

Kesemua penulisan, pidato, syarahan dan kuliah Syeikh Qaradawi adalah kearah pemikiran dan pendekatan Islam wasatiyy. Ia memberi pencerahan bagaimana rupa Islam yang diturun lebih 1400 tahun lalu dalam konteks hari ini. Ia memberi penyelesaian bagi kehidupan ummat dalam beraqidah, beribadah dan bermuamalah. Bahkan menjawab persoalan-persoalan kehidupan bernegara moden seperti demokrasi, ekonomi pasar liberal, hak asasi manusia, alam sekitar, kedudukan wanita, hak non muslim, kewarganegaraan, ekstrimisme dan lain-lain.

Konsep-konsep klasik dalam pengajian Islam seperti maqasid syariah, siyasah syariyyah dan banyak lagi dapat dibumikan dalam konteks hari ini. Banyak juga prinsip-prinsip penting syariah telah dikembangkan menjadi fiqh yang segar seperti muwazanah, awlawiyyat, waqie dan sebagainya. Ilmu-ilmu yang dianggap telah tepu seperti ulum quran, usul tafsir, ulum hadis dan usul fiqh berjaya di hidupkan dengan pendekatan bagaimana memahami quran, hadis dan syariah dan seumpamanya. Kajian-kajian Syeikh Qaradawi ini telah memberi sinar dan mencambahkan tajuk-tajuk baru bagi penyelidikan master dan PhD di fakulti-fakulti pengajian Islam seluruh dunia.

Banyak seminar, konvensyen dan ceramah yang berwacana tentang pemikiran dan pendekatan Syeikh Qaradawi. Bahkan beberapa institusi dibangunkan khusus untuk mengetengahkan dan memperkembangkannya. Antaranya yang paling penting adalah Kesatuan Ulamak Islam Sedunia yang diasaskan sendiri oleh beliau dan menjadi pemimpin pertamanya. Beberapa universiti di Qatar dan Bahrain membangunkan pusat penyelidikan untuk ini. Yang utama dan khusus adalah di Universiti Hammad Bin Khalifa, Bahrain yang mendirikan Pusat Al Qaradawi untuk Islam Wasatiyy dan tajdid.

Syeikh Al Qaradawi tiada tolok bandingnya. Kehilangannya sukar untuk dicari ganti. Ada yang mengiktirafnya sebagai mujtahid atas banyak ijtihad dan fatwa baru darinya. Bahkan ada yang menganggapnya mujaddid atas pembaharuan pemikiran dan pendekatan Islam yang telah diperjuangkannya.
Semoga Allah mengampuni segala dosa Almarhum Syeikh Qaradawi, menerima semua amalan baiknya, Serta mengira pemikiran dan ilmunya sebagai amal jariah. Semoga pendekatan Islam wasatiyy dan rahmah ini akan menjadi teras kepada kefahaman dan amalan umat Islam dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara.

Semoga kita dapat meneruskan perjuangan Almarhum dalam baki kehidupan kita. Semoga nanti kita dihimpunkan bersama semua generasi lalu sahabat, tabiin, mujtahidin, mujaddidin dan ulamak-ulamak penegak kebenaran. Ameen.

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia