13 Ogos 2022 – IKRAM Junior Sabah buat julung kalinya menyertai program Simulasi Haji Cilik yang dilaksanakan di Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu. Merupakan penganjuran kali ke-5, program ini disertai lebih 800 orang peserta daripada 30 tadika Islam swasta.
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak mengenai ibadah haji dan seterusnya memberi peluang kepada para peserta untuk mengerjakan ibadah tersebut secara teori dan praktikal.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Pertis Sabah serta agensi yang terlibat, diatas penganjuran program yang sangat bermanfaat ini. Semoga program seumpama ini akan dilaksanakan lagi pada masa akan datang.