Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Seminar 1000 Hari Pertama Kehidupan

KAJANG, 26 Mei – Sepanjang tempoh kehamilan dan dua tahun pertama selepas kelahiran atau dalam kata lainnya, 1000 hari pertama kehidupan amat penting bagi seorang anak. Tempoh ini dikatakan sebagai ‘golden period’ dalam pertumbuhan dan perkembangan anak-anak.

Demikian ujar Ketua Wanita IKRAM Selangor, Prof. Dr. Norhasmah Sulaiman semasa memberi ucaptamanya yang bertajuk 1000 Hari Pertama Kehidupan: Tahun Emas Buat Anak dalam Seminar 1000 Hari Pertama Kehidupan (1000HPK) anjuran Wanita IKRAM Selangor dengan kerjasama Poliklinik An-Nur dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Langat yang telah berlangsung di sini semalam.

Katanya lagi, Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2022 melaporkan bahawa anggaran penduduk bantut bawah usia lima tahun ialah hampir 500 ribu orang, bersamaan satu dalam lima kanak-kanak mengalami masalah ketinggian.

“Daripada data itu, Selangor mencatatkan populasi bantut tertinggi dengan kira-kira lebih 110 ribu orang,” jelasnya yang turut bertugas di Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Dalam perkembangan berkaitan, Seminar 1000HPK yang julung-julung kalinya diadakan di Pusat Latihan Poliklinik An-Nur Jalan Reko itu telah dihadiri oleh lebih 20 orang peserta dalam kalangan ibu bapa dan telah dirasmikan oleh Pegawai Kesihatan Daerah PKD Hulu Langat, Dr. Zailiza Suli.

Selain itu, turut berlangsung, forum bertajuk 1000 Hari Pertama Kehidupan – Peranan Kita yang menampilkan tiga ahli panel jemputan iaitu, Konsultan Pediatrik KPJ Tawakal Specialist Hospital, Dr. Halimah Abdul Halim, Pensyarah Kanan Fakulti Sains dan Kemanusiaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Zilal Saari dan Pensyarah Kanan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM, Dr. Zalinda Zalbahar@Zabaha.

Turut hadir, Setiausaha Wanita IKRAM Selangor, Roselinee Mohammad Radzi, Jawatankuasa Advokasi Wanita IKRAM Selangor, Dr. Wardah Mustafa Din dan Group Managing Director Poliklinik An-Nur, Dr. Wan Muhammad Zulhusni Abdul Halim.

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia