Dalam program yang sama, pelancaran “One Day One Juz” (ODOJ) IKRAM Siswa UNIMAS turut diadakan untuk menggalakkan membaca al-Quran pada bulan Ramadan.
ODOJ adalah satu kaedah untuk membantu peserta yang berdaftar sentiasa bermotivasi untuk membaca al-Quran satu juzuk setiap hari dan mengkhatamnya dalam tempoh sebulan.
Kaedah ini memanfaatkan penggunaan aplikasi Whatsapp yang memerlukan peserta secara aktif mengemaskini jumlah bacaan dalam kumpulan yang telah ditetapkan.