Sejarah Ikram Negeri Selangor
Ikram Negeri Selangor ialah salah satu negeri yang tertubuh paling awal selepas tertubuhnya Pertubuhan Ikram Malaysia.
Mesyuarat Penubuhan IKRAM Negeri Selangor yang pertama telah diadakan pada 1 September 2010 di Intekma Resort Shah Alam, di mana barisan Jawatankuasa Ikram Negeri telah dipilih oleh semua ahli teras yang hadir.
Yang diPertua Negeri (YDPN) yang pertama iaitu sesi 2010-2012 ialah Ustaz Shamsul Maarif Ismail. YDPN untuk sesi kedua (2012-2014) adalah Ustaz Hasanuddin Mohd Yunos. YDPN ketiga (iaitu sesi 2014-2016) ialah Ustaz Shamsul Maarif Ismail sekali lagi.