Sambutan Aidiladha 1442H IKRAM NS dengan Agihan Daging Korban

27hb Julai, Seremban – Pada 17hb Zulhijjah 1442H yang lalu, IKRAM Negeri Sembilan dengan kerjasama Penyelaras DUN telah mengedarkan daging korban ke beberapa kawasan iaitu di Johol, Senaling Gemencheh dan Nilai untuk diagihkan terutamanya golongan yang amat memerlukan. Dianggarkan sebanyak 70-80 pek daging korban telah berjaya diagihkan untuk setiap kawasan yang bermula pukul 11.00 pagi

Dalam situasi pendemik yang sukar ini, banyak aktiviti dan program tergendala namun tidak mematahkan semangat peduli masyarakat IKRAM Negeri Sembilan untuk mengadakan ibadah korban yang kebiasaannya dilakukan di kawasan setempat pada setiap tahun. Oleh itu, IKRAM NS mengambil inisiatif untuk tetap menjayakan program ibadah korban dengan mengupah Provet Sdn Bhd untuk menguruskan sembelihan di Selangor dan menghantar ke pejabat IKRAM NS. Ini berikutan arahan daripada Jabatan Mufti Negeri Sembilan yang menangguhkan aktiviti ibadah korban dilakukan di Negeri Sembilan.

Alhamdulillah, dengan kerjasama Penyelaras DUN Senaling, Johol dan Gemencheh, agihan korban telah berjaya dilaksanakan dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Semoga dengan melakukan ibadah korban ini dapatlah kita mendekatkan diri kita dengan Allah SWT di samping membantu mereka yang kurang bernasib baik.

Jawatankuasa Negeri IKRAM Negeri Sembilan ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dan muslimin dan muslimat yang menyertai ibadah korban dan yang menguruskan program ibadah korban pada 1442H ini.

Seperti firman Allah SWT dalam Surah Al-Hajj, ayat 37

لَن يَنَالَ ٱللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَآؤُهَا وَلَٰكِن يَنَالُهُ ٱلتَّقۡوَىٰ مِنكُمۡۚ كَذَٰلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمۡ لِتُكَبِّرُواْ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمۡۗ وَبَشِّرِ ٱلۡمُحۡسِنِينَ

Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu.

Marilah kita menghayati nilai pengorbanan agar kita tergolong dalam kalangan hamba Allah S.W.T yang dirahmati.

#BinaNegaraRahmah

 

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia