Raikan Hari Wanita Bersama Penduduk Setempat

SERDANG – Sambutan Hari Wanita anjuran Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 20, Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) bersama Jawatankuasa Pangsapuri Seri Serdang dan Wanita IKRAM Kawasan Serdang telah berlangsung pada Sabtu lalu di Kabin Pusat Komuniti Pangsapuri Seri Serdang atau lebih dikenali dengan nama Flat Ikan di sini.

Sambutan yang telah dilancarkan oleh Ahli Majlis MBSJ, Mohan Singh itu mendapat penyertaan daripada komuniti setempat yang terdiri daripada masyarakat berbilang bangsa, agama dan usia.

Pada masa sama, Ketua Wanita IKRAM Kawasan Serdang, Aida Abdul Rahim dalam ucapan pembukaannya menyatakan penghargaan atas usaha dan pengorbanan yang dilakukan oleh wanita. Beliau turut berkongsi mengenai tema sambutan Hari Wanita pada tahun ini; KASIH Wanita yang merupakan akronim kepada kasih sayang, akhlak, sihat, ilmu dan harmoni.

“Sambutan pada hari ini mengangkat tema hubungan kasih sayang yang disemai sesama komuniti setempat dalam suasana yang harmoni, memupuk akhlak mulia, memberi kesedaran agar sentiasa cakna dengan keadaan kesihatan semasa dan menimba ilmu,” jelasnya lagi.

Selain itu, antara aktiviti yang telah dijalankan dalam sambutan kali ini termasuklah senaman tai chi, demo membuat asam laksa, sembang santai bersama doktor mengenai penyakit kencing manis dan pemeriksaan asas kesihatan daripada para sukarelawan IKRAM Health. Aktiviti berakhir pada kira-kira jam 1 petang.

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia