PROGRAM WANITA GIAT ISLAH 2 WANITA IKRAM KUBANG PASU

CHANGLUN – Pada 9 April 2021 yang lalu sebahagian daripada AJK Wanita IKRAM Kubang Pasu bersama team Wanita Giat Islah (WANGI) yang diketuai oleh Ukhti Roshidah Ramli telah berjaya menyantuni 26 keluarga di sekitar kawasan Changlun iaitu di Kg Lembah Palas, Taman Sri Meranti dan Taman Angsana. 

Sumbangan telah disampaikan kepada mereka berbentuk barangan pasca Ramadan iaitu kurma, taqwim Ramadhan dan Al-Mathurat. Ianya turut dilaksanakan bersama tazkirah pendek mengenai hadis Rasulullah SAW yang berbunyi “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia” (HR. Ahmad, Ath-Thabrani, Ad-Daruqutni). 

Alhamdulillah semua daripada Rabtul Am yang disantuni menyambut baik dengan penyampaian hadis tersebut. Ini menunjukkan satu sambutan yang baik atas usaha ini. Tahniah diucapkan kepada Wanita IKRAM Kubang Pasu.

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia