Program Tadrib Aktivis Belia Remaja Ikram (TABRI) merupakan satu program latihan untuk penggerak belia dan remaja Ikram mula diperkenalkan pada tahun 2013 oleh Unit Latihan Jawatankuasa Belia Remaja Pusat dan Jawatankuasa Tarbiah Pusat. Objektif program ini adalah untuk memberikan satu latihan dan kerangka pemikiran bagi merancang program pembangunan belia dan remaja.
Bagi meluaskan pelatihan TABRI ini kepada lebih ramai penggerak belia remaja Ikram, TABRI telah diperturunkan ke peringkat Zon. Zon Tengah menggabungkan Selangor dan WPKL Siri 1 bermula pada 26 April 2015 bertempat di Pejabat Ikram Pusat.
Seramai 77 orang peserta dari Ikram Selangor dan WP Kuala Lumpur telah menyertai Siri 1 ini. Perasmian telah disempurnakan oleh Naib Presiden Ikram, Hj Shahrulaman Shaari, yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Remaja Pusat.