





20hb Dis, Paroi – Program Sentuhan Selamat dan Tidak Selamat telah diadakan di Tadika Al-Anfal pada 20 Disember yang lalu. Ceramah telah disampaikan oleh Puan Fazilah binti Mohd Reba mewakili Wanita IKRAM Negeri Sembilan dan sebagai speaker Malaysian Against Pornography.
Antara aktiviti yang dilakukan selama 2 jam ini ialah ceramah ringkas, nyanyian didik hibur, kuiz dan latihan.
Alhmdulillah, 16 orang kanak-kanak ini didedahkan cara-cara mengenali perasaan mereka seperti gembira, sedih, malu dan marah. Anak-anak juga diajar untuk mengenali anggota badan yang tidak boleh disentuh oleh orang lain seperti mulut, dada, kemaluan dan punggung. Simulasi cara untuk mengelakkan diri menjadi mangsa ‘predator’ turut diajar dengan 3 langkah mudah iaitu katakan JANGAN, LARI dan BERITAHU kepada orang yang dipercayai.
Akhir sekali anak-anak diberi latihan untuk mengenal Sentuhan Selamat dan Tidak Selamat yang perlu mereka fahami agar tidak menjadi mangsa gangguan seksual atau dilarikan/diculik/diganggu oleh orang yang tidak dikenali.