Program Permukiman Rakan Hidayah Nilai dan Seremban: Merancang itu Sunnah dalam Dakwah

 

Program Permukiman Rakan Hidayah Nilai dan Seremban: Merancang itu Sunnah dalam Dakwah
“Kebatilan yang dirancang akan dikalahkan oleh kebenaran yang tidak dirancang”
Begitulah kata hikmah yang dinukilkan daripada salah seorang sahabat baginda. Bertitik-tolak dari kata hikmah ini, Hidayah Centre Negeri Sembilan telah menganjurkan program permukiman (retreat) selama separuh hari telah dilaksanakan pada 21hb Januari 2023 bertempat di Pejabat Pertubuhan IKRAM Negeri Sembilan, Paroi.
Permukiman ini telah berjaya mengumpulkan seramai 31 orang penggerak kepada Hidayah Centre yang disebut sebagai Rakan Hidayah. Selari dengan nama yang diberikan, Hidayah Centre merupakan sebuah badan NGO yang dinaungi oleh Pertubuhan IKRAM yang berperanan dalam menjalankan aktiviti dakwah dan kebajikan kepada masyarakat belum Muslim serta merangka program dalam membangunkan potensi dan juga kebajikan para Mualaf.
Program selama setengah hari ini telah berjaya mempertautkan ukhuwah sesama Rakan Hidayah untuk memperkasakan gerak kerja untuk tahun 2023. Strategi ini dirangka hasil daripada muhasabah pencapaian sepanjang tahun 2022 yang bakal memberikan lonjakan baru kepada aktivisme Rakan Hidayah untuk tahun 2023.
Pembentangan utama untuk sesi kali ini adalah Tuan Haji Ridzuan bin Ismail, antara penggerak “veteran” dalam arena dakwah bukan Islam.
Permukiman diakhiri dengan beberapa resolusi yang mengingatkan penggerak Rakan Hidayah betapa gerak kerja dakwah dalam memperkenalkan Islam kepada masyarakat belum Islam serta mentarbiyah para mualaf merupakan antara sunnah yang utama dalam dakwah baginda. Oleh sebab itu, sepertimana baginda bergerak secara Jamaie (kolektif) bersama para sahabat, maka hendaklah Rakan Hidayah juga terus memperkukuhkan kerjasama sama ada sesama Rakan Hidayah mahupun kumpulan yang berminat untuk menyumbang.
Andai motivasi dilanda kelesuan, ingatlah akan firman Allah ini kerana melaksanakan dakwah merupakan cara untuk meniti jalan Sunnah dalam memburu redhaNya.
قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ
“Katakanlah (wahai Muhammad kepada umatmu): Jika kalian benar-benar mencintai Allah, maka ikutilah aku (Muhammad), niscaya Allah akan mencintai kalian dan mengampuni dosa kalian“. (QS. Ali Imran: 31).
Kepada yang berminat untuk bersama-sama menjadi Rakan Hidayah, boleh menghubungi Tuan Haji Ridzuan sendiri, 0122100617 atau boleh DM laman media sosial kami.
Terima kasih kepada semua yang hadir

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia