Program Merdeka Chef Semarakkan Perpaduan Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan

 

10 Sep, Nilai – Walaupun sambutan Hari kebangsaan 31 Ogos telah berlalu namun semangat kemerdekaan terus disemarakkan oleh IKRAM Negeri Sembilan. Kali ini program ‘Merdeka Chef’  pula telah diadakan pada 10 September yang lalu di Pasar Raya Giant, Nilai. Kira-kira 100 orang pengunjung telah menyertai aktiviti yang telah disusun. Objektif program ini adalah untuk mengeratkan perpaduan sempena sambutan bulan kebangsaan dengan menggalakkan penglibatan pelbagai kaum di samping menyemai rasa saling menghormati dalam kalangan masyarakat. Program ‘Merdeka Chef’ ini dianjurkan oleh Wanita IKRAM Negeri Sembilan dan IKRAM Nilai serta kerjasama dengan pihak Equal Advance Sdn Bhd dan Pasar Raya Giant.

Program ini bermula pada pukul 10.10 pagi dengan ucapan daripada pengarah program yang juga Timbalan Ketua Wanita Negeri Sembilan, Dr Hasnida binti Zawawi. Acara yang dinanti-nantikan oleh kaum ibu ialah demo masakan bermula dengan demo masakan Melayu iaitu ‘Kerabu Udang’ oleh Puan Kamisah, masakan India iaitu ‘Kari Ikan dengan Bendi dan Terung’ oleh Encik Mohd Arul Iskandar. Seterusnya, masakan Cina ‘Ikan Siakap Kukus’ oleh Puan Salina dibantu oleh Puan Maslina dan masakan Sabah ‘Pucuk Ubi Goreng Ikan Bilis’ oleh Cik Izzah Sally. Juruacara majlis, Cik Iffah dan Encik Luqman memeriahkan suasana dengan celoteh yang mencuit hati. Pengunjung juga diberi peluang mendapatkan hadiah menarik dengan menjawab soalan-soalan kuiz selepas setiap masakan. Hadiah telah disampaikan oleh Pn Norlida binti Mohd Salleh, Ketua Wanita IKRAM Nilai dan En Mohammad Athir, wakil Yang Dipertua IKRAM Nilai.

Serentak dengan program demo masakan, telah berlangsung aktiviti mencanting batik dan pertandingan mewarna yang dikendalikan oleh pihak IKRAM Junior Nilai. Seramai 42 orang kanak-kanak menyertai aktiviti ini kelihatan gembira dengan aktiviti mereka sementara ibu bapa dapat mengikuti demo masakan. Di samping itu, pameran ‘booth’ institusi IKRAM telah diadakan oleh NGO Humanitarian Malaysia (MyCare), Yayasan IKRAM, Hidayah Centre Foundation (HCF) dan Rakan Hidayah (RH). Terdapat pelbagai jenis informasi berkenaan institusi dan Pertubuhan IKRAM Negeri Sembilan telah disediakan untuk memperkenalkan kegiatan NGO serta membuka ruang ramai menjadi ahli sambil menyumbang.

Sebelum program berakhir, taklimat tentang Pemakanan Sihat telah disampaikan oleh pegawai Sains Pemakanan, Puan Raja Khairul Azwahanim binti Raja Malik. Beliau turut memuji demo masakan yang diadakan mengandungi banyak bahan sayur-sayuran yang menyihatkan badan. Soalan-soalan kuiz diselitkan untuk menguji pemahaman pengunjung dan sesiapa yang berjaya menjawab akan menerima hadiah.

Kemuncak program ini diakhiri dengan cabutan bertuah seterusnya merakamkan memori indah dengan bergambar beramai-ramai sambil melaungkan ‘Merdeka!, Merdeka!, Merdeka!’ dengan penuh semangat. Wanita IKRAM Negeri Sembilan menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program Merdeka Chef, Sambutan Bulan Kebangsaan 2022 kali ini. ’Walau Kita Berbeza, Tetap Teguh Bersama’.

 

#WanitaIKRAMMalaysia

#WanitaIKRAMNS

#IKRAMNilai

#TeguhBersama

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia