Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Program Kesedaran dan Pengesanan Awal Kanser Payudara untuk Penduduk Setempat

SHAH ALAM – Sempena sambutan Hari Wanita Sedunia yang baru disambut beberapa hari lalu selain prihatin dan berasa terpanggil untuk mengajak masyarakat tidak kira lelaki atau wanita untuk mendalami dan memahami isu berkait kanser payudara, Wanita IKRAM Shah Alam dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA) dan Muslimat Persatuan Penduduk Seksyen 7 serta Muslimat Persatuan Penduduk Seksyen 8 telah menganjurkan Program Kesedaran dan Pengesanan Awal Kanser Payudara di dua lokasi berasingan pada Sabtu lalu bersama masyarakat setempat.

Dalam program sama yang berlangsung pada sebelah pagi di Seksyen 8 dan pada sebelah petang di Seksyen 7 itu, seramai 35 orang wanita penduduk Seksyen 7 dan 30 orang wanita penduduk Seksyen 8 telah menerima manfaat melalui sesi penerangan dan sesi pemeriksaan yang telah dilaksanakan oleh petugas dari BCWA.

Selain itu, pemeriksaan kesihatan percuma oleh doktor-doktor pakar yang dikendalikan oleh IKRAM Health turut disediakan untuk pengunjung lelaki dan wanita.

Pada masa sama, penganjur turut bekerjasama dengan Pertubuhan Kesejahteraan Psikospiritual Malaysia (PKPM) bagi menyediakan sesi kaunseling kepada individu yang memerlukan selain mengadakan pameran kesedaran berkenaan penyakit pembunuh nombor satu wanita di Malaysia itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Wanita IKRAM Shah Alam dan IKRAM Junior Shah Alam turut menganjurkan program “Aulad Back to School” pada Ahad yang bertemakan Masa itu Pedang bagi kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun.

Program yang berlangsung di Surau Ar-Rahmah, Seksyen 8, Shah Alam itu telah dihadiri oleh seramai 36 orang kanak-kanak yang tinggal berdekatan. Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah hafazan dan tadabbur, seni dan kraftangan serta solat sunat Dhuha.

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia