IKRAM Junior merupakan institusi yang bernaung di bawah Pertubuhan IKRAM Malaysia yang komited dalam memberikan manfaat yang signifikan terutamanya dalam penganjuran aktiviti dan program kearah pembentukan jiwa dan akhlak mulia kanak-kanak.
Kita semua sedia maklum bahawa kanak-kanak inilah yang akan menjadi tonggak kekuatan generasi dan ummah yang cemerlang di masa hadapan, selaras dengan moto IKRAM Junior iaitu “Giat Bermanfaat Generasi Hebat.”