





26hb Dis, Paroi – Program IKRAM Junior Seremban dengan bertemakan CHEF CILIK telah berjaya dijalankan pada 26 Disember yang lalu di Balairaya Kg Sentosa Jaya.
Antara aktiviti yang dilakukan selama 3 jam ini ialah cara-cara memasak Pizza, menghias burger mini dan cara-cara menghasilkan jus mangga.
Alhamdulillah, seramai 41 orang anak-anak IKRAM junior dan anak-anak sekitar Kg Sentosa Jaya menyertai program ini.
Tahniah kepada urusetia dan peserta yang terlibat.