Seramai 31 remaja antara 12 – 16 tahun menyertai program ini. (25 lelaki dan 6 perempuan) pendaftaran bermula di lokasi pertama iaitu Melaka International Bowling Center (MIBC). Semestinya mereka akan bermain bowling; satu aktiviti yang amat menceriakan peserta. Mereka bersolat asar di surau MIBC. Solat wajib dilaksanakan tak kira berada di mana.




Aktiviti kedua ialah jom dakwah. Semua peserta berkumpul untuk mendengar taklimat tentang bagaimana nak berdakwah pada masyarakat dengar cara mengedarkan flyers Lokasi dakwah ialah di sekitar Mydin Mall. Peserta dimaklumkan bahawa aktiviti edar risalah di Mydin ajan dibuat tanpa pengetahuan pihak Mydin. Maknanya mereka perlu bersedia dihalau oleh security guard mydin. Setiap peserta perlu edar 5 flyers yang bertajuk “di mana Rasulullah di hatimu” bersempena dengan sambutan maulidul rasul. Cabaran jom dakwah sedia dihadapi oleh peserta walaupun ada perasaan takut terutama peserta yang baru pertama kali menyertai.




Tepat jam 6.20 petang, semua peserta berkumpul di medan selera untuk bergerak ke lokasi seterusnya di Masjid Raidhatul Jannah Bukit Katil. 4 buah kenderaan digunakan sebagai pengangkutan peserta.
Peserta diberi jamuan makan malam sejurus tiba di masjid. Suatu perkara yang menggembirakan mereka kerana perut memang dah lapar akibat aktiviti yang padat tadi.


Setelah solat isyak berjemaah, slot perkongsian I Love Rasulullah pun bermula. Peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan dan mendapat seorang abang atau kakak fasi. Tugasan mereka ialah mencari ayat Al Quran berkaitan Rasulullah dan perlu bentangkan. Satu sessi yang menarik kerana tidak ada pengisian ceramah. Peserta yang perlu cari pengisian.




Kemudian sessi perkongsian slot jom dakwah. Ada peserta yang disoal bagaimana nak ikut join program seperti ini dan minta number talipon. Ada pula yang mendapat cabaran hebat bila flyers yg diberi dikoyak dan dicampak di atas kerusi. Kesabaran diuji. Pengarah program Abang Nabil kata itu baru cabaran yang sikit sedangkan Rasulullah menghadapi cabaran yang sangat hebat sehinggakan peringkat cubaan untuk bunuh baginda. Bayangkan begitu kasihnya baginda yang sanggup berkorban untuk memastikan umatnya mendapat hidayah Islam.


Pukul 4 pagi semua peserta dikejutkan untuk qiamullail. Peserta solat sunat tahajud sendirian dulu. Kemudian mereka solat jemaah solat sunat taubat, tahajud dan witir yang diimankan alumni ikramteens al hafiz Abdullah Hakim.
Semua peserta solat subuh berjemaah bersama qariah masjid. Setelah solat mereka menikmati sarapan pagi bersama ahli jemaah yang disediakan oleh pihak masjid. Pengerusi masjid, Tuan Haji Hashim Rahman sangat suka dengan penglibatan remaja dalam aktiviti di masjid. Beliau amat berharap dapat berkerjasama dengan Ikram Melaka untuk melakukan aktiviti melibatkan remaja dan belua.
Aktiviti terakhir ialah riadhah di sekitar masjid. Yang menariknya peserta lelaki berjogging sambil membaca al mathurat sehinggakan orang kampung yang lalu lalang terkejut. Penutup ringkas dibuat dengan sedikit tazkirah daripada ustaz Akmal yang mengingatkan peserta betapa beruntungnya mereka terpilih dalam program ini.


Semoga semua peserta mendapat amal yang terbaik daripada orogram ini. Semua peserta kelihatan ceria dan mesra antara satu sama lain menandakan objektif program tercapai. Semua peserta mendapat buah tangan flyers “Di mana Rasulullah di hatimu?”.

