Program Gemencheh Fit N Fun

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan dalam Program Gemencheh Fit & Fun yang dianjurkan pada 4 Disember 2021.  Program menyantuni masyarakat ini adalah usahasama Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Negeri Sembilan, Pejabat Penyelaras DUN Gemencheh dan MPKK Sungai Kelamah di bawah inisiatif Power House Wanita Gemilang (PHGEM) bertempat di Balai Raya Kampung Tengah, Gemencheh. Acara senamrobik merupakan acara pertama mengambil tempat yang bermula seawal pukul 7.30 pagi telah mendapat sambutan meriah dengan kehadiran ramai peserta dari lokaliti setempat diikuti dengan pertandingan memanah. Di samping itu, orang ramai telah mendapat tips kesihatan yang berguna menerusi sesi perkongsian oleh Dr Zainab binti Yahya berkenaan dengan penjagaan kesihatan umum.  Khidmat pemeriksaan kesihatan secara  percuma juga turut diberikan oleh IKRAM Health kepada pengunjung yang hadir.

Anak-anak kecil juga diberi ruang untuk mengambil bahagian dalam program ini iaitu pertandingan melukis inai secara percuma dan mewarna yang sememangnya baik untuk pertumbuhan minda anak-anak kecil. Pertandingan mewarna ini telah disertai oleh 24 orang murid-murid di Tabika Kemas. Selain itu, program untuk wanita juga disediakan seperti demo memasak dan gerai jualan oleh peserta Pertubuhan Pusat Data Usahawan dan Ekosistem Malaysia (MEEDC) dan pelbagai lagi. Pengunjung juga turut berpeluang mendapatkan maklumat  bagi mendalami dan memahami isu Palestin melalui pameran yang disediakan oleh Malaysia Humanitarian Care (MyCARE).

Turut hadir bersama memeriahkan program adalah wakil dari Balai Polis Tampin, Agensi Anti Dadah kebangsaan (AADK) Tampin, Ketua Pengarah MEEDC Wilayah Jelebu, Penghulu Mukim Air Kuning, Penghulu Mukim Gemencheh, Pengerusi MPKK DUN Gemencheh dan beberapa orang Ahli Majlis.

Majlis penutup dimulakan dengan ucapan penghargaan oleh YDP IKRAM Negeri Sembilan iaitu Tuan Haji Amirasyid bin Densibali diikuti dengan ucapan perasmian penutup oleh Tuan Haji Latif A Tambi selaku Penyelaras DUN Gemencheh. Program Gemencheh Fit & Fun diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah kepada semua peserta dan pemenang bagi acara yang dipertandingkan. Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang menyertai program yang bermanfaat ini.

#BinaNegaraRahmah

 

Gambar-gambar aktiviti ini boleh didapati di laman facebook  https://www.facebook.com/739801016109786/posts/4543823089040874/

     

 

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia