Program Food Pack untuk CAC

Kes positif Covid 19 di Melaka semakin bertambah dan sedikit sebanyak memberi tekanan pada sistem pengurusan kesihatan Melaka.  Sebagai sedikit usaha kebersamaan dalam membantu mendepani isu ini, IKRAM Bandaraya Melaka dengan kerjasama Wanita IKRAM Melaka telah melancarkan satu inisiatif bagi menyantuni pesakit Covid 19  dan kakitangan KKM di Covid Assesment Centre (CAC) Klinik Kesihatan Batu Berendam, Melaka.  Bantuan ini dberikan untuk selama 2 minggu. Bantuan meliputi 30 pax makanan tengahari untuk frontlliner dan 150 pax air miniral dan roti untuk pesakit Covid 19 yang menunggu untuk di bawa ke pusat kuarantin di MiTC Melaka.

Diharapkan agar bantuan ini sedikit sebanyak akan meringankan beban dan memberi sedikit semangat kepada fronliner untuk terus bertugas dengan berkesan.  Adalah diharapkan juga bantuan ini dapat membantu meringankan perasaan dan kesulitan yang dialami pesakit yang sedang menunggu untuk mendapat rawatan lebih lanjut di Hospital Melaka atau di pusat kuarantic MiTC Melaka.  Jutaan penghargaan diucapkan kepada penyumbang pek makanan dan sukarelawan yang sudi membantu bersama membungkus dan mengedarkan makanan.

[supsystic-social-sharing id='1']

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia