Perutusan Sempena Hari Guru (Murabbi)
Rangkaian SRI SMI Al-Amin Sarawak
”Guru Pembina Negara Rahmah”
Segala puji dan syukur kepada Allah SWT, selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW.
Alhamdulillah, sambutan hari guru pada tahun ini jatuh pd 23 Ramadhan 1441Hijrah. Semoga muallim dan muallimah serta para guru telah mampu menyempurnakan ibadah yang terbaik pada tahun ini, lantas meningkatkan taqwa kepada Allah SWT. Seterusnya menjadi bekalan untuk berdakwah, mentarbiyah dan membina genarasi rabbani (beriman dan bertaqwa) bagi mencapai VISI dan MISI SRI dan SMI Al-Amin Sarawak.
Pembinaan generasi rabbani yang kita dambakan melahirkan generasi soleh wa musleh seperti sepuluh (10) sifat muslim unggul;
1. Aqidah yang sejahtera,
2. Ibadah yang benar,
3. Akhlak yang mantap,
4. Luas pengetahuan,
5. Tersusun urusan,
6. Sangat menjaga masa,
7. Sihat tubuh badan,
8. Mampu berdikari,
9. Mampu melawan hawa nafsu, dan
10. Bermanfaat pada orang lain.
Bergembiralah muallim dan muallimah serta para cikgu, kerana berterusan dalam amal yang dikategorikan antara amal-amal yang pahalanya berterusan.
Hadis Naib SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah:
‘Apabila manusia meninggal dunia, terputuslah pahala amalannya kecuali, sedekah jariah, ilmu yang dimanafaatkan dan anak soleh yang berdoa kepadanya’. (HR Muslim 3092)
Semoga Allah SWT menerima amal-amal kebaikan kita dalam usaha membina generasi Rabbani yang soleh wa musleh.
Puan Hajah Zaiton binti Yusof
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan IKRAM Sarawak