AMPANG – Terdapat perubahan keahlian Ahli Jawatankuasa Wanita IKRAM bagi Negeri Selangor baru-baru ini.
Menurut Setiausahanya, Roselinee Mohammad Radzi, JK Wanita IKRAM Negeri (JKWIN) Selangor telah meluluskan peletakan jawatan Prof. Madya Dr. Siti Fatimah Badlishah Sham yang terpaksa melepaskan jawatannya atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Mesyuarat JKWIN yang berlangsung di sini pada 29 Januari yang lalu telah menerima peletakan jawatan beliau yang memegang portfolio Pembangunan dan Pembelaan Wanita dan Keluarga dan melantik Dr. Wardah Mustafa Din bagi mengisi kekosongan tersebut berkuatkuasa pada 7 Februari.
“Adalah dimaklumkan bahawa, pelantikan Prof. Madya Dr. Siti Fatimah adalah di bawah kuota lantikan Ketua Wanita. Oleh yang demikian, pelantikan Dr. Wardah juga melalui kuota yang sama,” kata Roselinee.
Dengan pelantikan ini, barisan JKWIN dengan berbesar hati mengalu-alukan kehadiran Dr. Wardah. Semoga penglibatan ini akan menguatkan lagi barisan kepimpinan Wanita IKRAM Negeri Selangor.