Sokong Kehidupan Sejahtera, IKRAM Perak lancarkan inisiatif Perak Bebas Asap Rokok (PERBAR)

 

Susulan dengan usaha berterusan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam mengurangkan bilangan perokok dalam kalangan rakyat Malaysia,  Pertubuhan IKRAM Negeri Perak Darul Ridzuan telah mengambil inisiatif melancarkan Perak Bebas Asap Rokok (PERBAR). Bagi menjayakan usaha ini, IKRAM Perak telah mengambil usaha untuk mengadakan Bengkel Latihan Sukarelawan PERBAR pada 19hb Januari 2019.

Seramai tiga puluh sukarelawan PERBAR telah hadir mengikuti  Bengkel Latihan Sukarelawan PERBAR. Dalam bengkel ini, para peserta telah diberikan latihan melalui sesi syarahan dan praktikal oleh petugas kesihatan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Objektif PERBAR adalah untuk mendidik masyarakat supaya tidak terjebak dengan gejala merokok. Strategi yang digunakan adalah melalui program pendidikan yang dilaksanakan melalui sokongan sukarelawan PERBAR. Keahlian sukarelawan PERBAR adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia. Penyertaan sukarelawan PERBAR boleh di buat melalui  

https://chat.whatsapp.com/HaCD6lw70PhKkLE88emGPV

 

 

[supsystic-social-sharing id='1']

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia