Susulan dengan usaha berterusan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam mengurangkan bilangan perokok dalam kalangan rakyat Malaysia, Pertubuhan IKRAM Negeri Perak Darul Ridzuan telah mengambil inisiatif melancarkan Perak Bebas Asap Rokok (PERBAR). Bagi menjayakan usaha ini, IKRAM Perak telah mengambil usaha untuk mengadakan Bengkel Latihan Sukarelawan PERBAR pada 19hb Januari 2019.
Seramai tiga puluh sukarelawan PERBAR telah hadir mengikuti Bengkel Latihan Sukarelawan PERBAR. Dalam bengkel ini, para peserta telah diberikan latihan melalui sesi syarahan dan praktikal oleh petugas kesihatan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
Objektif PERBAR adalah untuk mendidik masyarakat supaya tidak terjebak dengan gejala merokok. Strategi yang digunakan adalah melalui program pendidikan yang dilaksanakan melalui sokongan sukarelawan PERBAR. Keahlian sukarelawan PERBAR adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia. Penyertaan sukarelawan PERBAR boleh di buat melalui
https://chat.whatsapp.com/HaCD6lw70PhKkLE88emGPV.