Program i-Bantu Ramadhan Kampung Plaie
KOTA SAMARAHAN – Program i-bantu Ramadhan Kg Plaie diadakan pada 5 Julai yang lepas di Kg Plaie Kota Samarahan. Ia dianjurkan oleh Jawatankuasa Dakwah IKRAM Kota Samarahan.
Sebanyak 21 keluarga menerima sumbangan dalam progam ini yang terdiri daripada muallaf.
Objektif program program ini adalah untuk mengikatkan lagi hubungan sedia ada dengan keluarga mualaf di samping memberi bantuan dari segi keperluan makanan dan pakaian serta penghayatan keinsafan atas setiap pemberian.
IKRAM Kota Samarahan anjur Street Dakwah di Summer Mall
KOTA SAMARAHAN – Pada 28 Jun yang lepas, IKRAM Siswa UNIMAS dengan kerjasama The Summer Mall Kota Samarahan mengadakan program Street Dakwah Ramadan. Objektif program ini adalah untuk menyebarkan rasa gembira menyambut Ramadan di samping mendapatkan maklum balas daripada pengunjung pasar raya tersebut berkenaan Ramadan.
Seramai 42 orang terlibat dalam menyampaikan jadual berbuka puasa, kad Ramadan dan buah kurma kepada orang ramai. Respon positif daripada pengunjung, kebanyakan mereka gembira untuk menyambut Ramadan malah ada di kalangan mereka telah bersedia untuk keperluan hari raya. Program yang sama turut diadakan di Kapit.
Semarak Menyambut Ramadhan

KOTA SAMARAHAN – Menjelang Ramadan, Spark of Success dengan kerjasama IKRAM Siswa UNIMAS dan IKRAM Kota Samarahan menganjurkan program Ihya Ramadan pada 25 Jun yang lepas.
Program yang diadakan di Dewan Kuliah 1, Kampus Timur UNIMAS ini dihadiri hampir 250 orang yang terdiri daripada pelajar asasi.
Dalam ceramah yang disampaikan, Mejar Mohd Sukri Yahya (KAGAT Divisyen 1) menyentuh akan keistimewaan bulan Ramadan dan tip persediaan untuk menghadapinya.
Seminar Perancangan Kewangan

KOTA SAMARAHAN – Wang adalah suatu alat yang sangat bernilai pada masa kini. Sungguhpun begitu, tidak semua perkara dapat dibeli dengan wang walaupun ia memang diperlukan untuk kebanyakan perkara.
Namun, sekiranya wang tidak diuruskan dengan baik, ia mampu menyebabkan kehidupan menjadi kucar-kacir.
Oleh itu, wang perlu diuruskan dengan betul dan berstrategi agar ia dapat memberikan keselesaan dan ketenangan dalam kehidupan seharian.
IKRAM Siswa UNIMAS Santuni Pelajar Asasi UNIMAS

KOTA SAMARAHAN – Pusat pengajian prauniversiti atau asasi menjadi salah satu pilihan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk meneruskan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi.
Kedatangan pelajar-pelajar baru ini disambut dengan penuh harapan untuk memastikan kecemerlangan yang berterusan dalam hidup mereka.
Oleh itu, dengan penuh rasa bertanggungjawab, IKRAM Siswa yang bermoto “Akhlak, Khidmat dan Ukhuwah” ingin membantu meningkatkan potensi dan kemampuan pelajar-pelajar ini untuk mencapai kecemerlangan akademik sejajar matlamat universiti di samping memiliki akhlak dan peribadi yang mantap.
Memperingati Peristiwa Isra’ dan Mikraj – YDP IKRAM Selangor

PERUTUSAN YDP IKRAM SELANGOR
Memperingati Peristiwa Isra’ dan Mikraj
27 Mei 2014/ 27 Rejab 1435H