Wanita IKRAM Miri anjur Seminar Wanita dan Kesihatan
‘Sihat luar dan dalam. Anda mampu menentukannya!’
Inilah tema yang menjadi pilihan dalam program seminar wanita tahun 2015 yang diadakan di Dewan Masyarakat Sepupok,Niah. Tema ini diketengahkan bertujuan memberi pengetahuan tentang betapa pentingnya menjaga kesihatan luaran dan dalaman.
Seminar wanita yang dianjurkan oleh Wanita IKRAM Miri ini adalah hasil kerjasama bersama wanita PBB Ranting Sepupok dan Pejabat Kesihatan Bahagian Miri. Seramai 100 orang peserta yang menghadiri seminar ini yang terdiri daripada lapisan umur dan peringkat.
Aulad Fun Circle Isi ‘Masa’ Lapang Anak-Anak

Jumaat, 27 Mac – IKRAM Junior Bandar Tun Razak telah menganjurkan usrah santai anak-anak -Aulad Fun Circle di Masjid Al-Mukhlisin, Alam Damai. Tema yang dibawakan kali ini adalah Masa Itu Pedang.
Program Kepemimpinan Saidina Abu Bakar Anjuran IKRAM Junior Kuching
IKRAM Junior Kuching mengadakan program Kepemimpinan Saidina Abu Bakar pada 14 Mac yang lepas. Program ini diadakan di Surau Hidayatul Rahman, Kampung Gersik Kuching.
Seramai 125 orang peserta yang terdiri daripada kanak-kanak yang berusia enam hingga 12 tahun hadir ke program ini. Para peserta disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik yang membentuk diri dan jiwa mereka.
Bertemakan ‘Kepemimpinan Saidina Abu Bakar’, ternyata program ini mendapat respons yang positif daripada peserta yang hadir.
Seminar Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk siri 1

Pada 21-22 March 2015, Hidayah Center Melaka telah berjaya menganjurkan Seminar Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk Siri 1. Program ini telah mendapat kerjasama daripada Balai Islam Melaka dan Persatuan MACMA Melaka. Ianya telah diadakan di Kompleks Darul Huda, Majlis Agama Islam Melaka.
Ekspedisi Ikram Siswa Melaka
