Khalifah muda

Program anjuran JK Belia dan Remaja Negeri Terengganu sempena cuti sekolah. Tahniah kepada semua peserta Siri Tamrin Remaja Soleh (STARS) yang telah mengikuti program ini bermula petang semalam, 19 Mac 2015. Program ini adalah siri pertama yang berjaya dikendalikan untuk tahun ini. Antara slot pengisian adalah Ana Khalifah Muda, Membawa Remaja ke Syurga dan […]
Hari terbuka IKRAM Kemaman 2015

Alhamdulillah, Hari Terbuka IKRAM Kemaman 2015 telah pun melabuhkan tirainya. Majlis ini telah dirasmikan oleh Penolong Pegawai Daerah Kemaman, En Mohd Azmi b Mustafa. Turut disempurnakan pelancaran Program Semarak Ramadan 2015 dan Dana Pembangunan Al-Amin Kerteh. 1500 orang pelajar mengikuti pengajian di sekolah-sekolah ini iaitu SRI Al-Amin Kerteh, SRI Al-Amin Chukai dan SMI Al-Amin Kemaman. […]
Belia bersama Presiden IKRAM

20 Mac 2015 (Jumaat) Program Ramah Mesra bersama Presiden IKRAM, Ust Dr. Parid Sheikh Ahmad dengan ahli IKRAM Negeri Terengganu. Program berlangsung di Dewan Felda Negeri Terengganu, Kuala Terengganu bermula jam 9.00 pagi dan tamat pada 12.00 tengahari. Terima kasih kepada semua yang hadir dan memberi komitmen dalam program yang dianjurkan.
MPN KELANTAN 2015 MEDAN MUHASABAH AMAL

25 April 2015, Kota Bharu – Mesyuarat Perwakilan Negeri IKRAM Kelantan berlangsung dengan kehadiran perwakilan dari 5 daerah IKRAM Kelantan. Jemputan perasmi istimewa dari, Timbalan Presiden IKRAM Malaysia, Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus turut bersama berkongsi tentang profil IKRAM yang perlu difahami ke arah Malaysia Menuju Negara Rahmah. Ustaz Hasanuddin menyatakan para ahli IKRAM perlu menghayati perjuangan dengan merealisasikan susuk-susuk gagasan yang digariskan buat para ahli.
I-JUNIOR QURANIC ADVENTURE – GENERASI QURAN PELAPIS PERJUANGAN DAKWAH

1 Mei 2015, Kota Bharu, – Alhamdulillah, telah berlangsung program Hafazan I-Junior Quranic Adventure, bertempat di tadika Ijunior Day Care Centre, Jalan Guchil Bayam, Kota Bharu. Program yang dianjurkan oleh Wanita Ikram Kelantan di bawah jawatankuasa Aulad ini, berfokuskan melahirkan generasi anak-anak yang menghafazal Al Quran serta dapat membacanya dengan baik.
HIMPUNAN AHLI KELANTAN (HIKE) 2015, PERKENAL IKRAM KEPADA MASYARAKAT

KOTA BHARU, 25 April 2015, Pertubuhan IKRAM Negeri Kelantan berjaya menghimpunkan hampir seramai 300 orang sempena program himpuan ahli IKRAM Kelantan (HIKE). Program HIKE ini bertujuan untuk mempertemu dan mempereratkan tali silaturrahim dikalangan ahli-ahli IKRAM Negeri Kelantan, disamping memperkenalkan IKRAM kepada masyarakat.