Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

I-JUNIOR QURANIC ADVENTURE – GENERASI QURAN PELAPIS PERJUANGAN DAKWAH

IJR2

Program ini telah dirasmikan oleh Pn. Sabariah bt Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Aulad Wanita Ikram Kelantan. Katanya, “Anak-Anak harus diambil berat pendidikan meraka seawal yang boleh dan mereka harus dikumpulkan berada dalam bi’ah yang solehah”.Al-Quranlah didikan yang terbaik.Turut hadir menyampaikan taklimat kepada ibubapa adalah Ustazah Normah bt Kasim yang menekankan pentingnya pembacaan al-Quran yang betul. Tidak mungkin tercapai matlamat pembacaan al-Quran dengan tajwid yang betul (fardu ‘ain) kecuali terlebih dahulu mempelajarinya. Ini kerana tidak ada seorang pun di dunia ini yang dilahirkan dengan kepandaian dalam sesuatu ilmu kecuali dia mempelajarinya terlebih dahulu. Anak-anak kecil ini akan diperdengarkan bacaan mereka kepada guru tadika Ijunior serta fasilitator yang mahir dalam AlQuran.

Dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W.bersabda: Daripada Ibnu Umar r.a berkata: “Rasulullah S.A.W. telah bersabda maksudnya : “Hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air”. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Kata baginda lagi, ” Dengan banyak mengingati mati dan membaca al-Quran.”
IJR4IJR3Justeru itu, dengan adanya program ini, diharap dapat mengelakkan anak-anak dari terlibat dalam kegiatan yang tidak berfaedah. Program Hafazan I-Junior Quranic Adventure ini akan dikendalikan selama 2 jam secara berkala, yakni setiap hari jumaat dari 9 pagi sehingga 11 pagi.

Turut hadir memeriahkan program ini adalah Pn. Norhafipah bt Md Rusdi, Pengerus iIjunior Day Care Centre serta Dr. Anisah Ahmad, Jawatankuasa Aulad IKRAM Daerah Kota Bharu dan Dr. Syirlina Irma bt Ngah, Jawatankuasa Remaja Ikram Kota Bharu yang turut menghantar anaknya ke program tersebut. Program berakhir sekitar jam 11 pagi. Semoga dengan program yang dijalankan ini, bakal melahirkan generasi umat islam yang mempunyai syahsiah islamiah yang baik seterusnya penerus kepada perjuangan dakwah kelak.

 

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia