Rumah terbuka pererat ukhuwah, melonjak dakwah

SERI KEMBANGAN – Sambutan Aidilfitri di Malaysia begitu unik berbanding negara lain. Uniknya kerana tradisi rumah terbukanya yang diadakan sepanjang Syawal oleh sebahagian umat Islam yang berkemampuan. Sebahagian IKRAM Negeri turut tidak terlepas mengambil peluang tersebut untuk mengeratkan ukhuwwah sesama ahli dan membina hubungan dengan penduduk setempat.
Pemuda IKRAM Hulu Langat ‘beraya’ bersama mahasiswa

HULU LANGAT – Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Pemuda IPT IKRAM Hulu Langat telah dilaksanakan dengan jayanya pada Jumaat, 18 Syawal 1432H bersamaan 16 Sept 2011 mulai jam 9.30 pagi hingga 12 tengahari di perkarangan Sekolah Menengah Al-Amin, Bangi di sini.
Eidul Fitri IKRAM SJ: Pejabat baru, ahli baru

SUBANG JAYA – Majlis Sambutan Eidul Fitri IKRAM Subang Jaya (IKRAM SJ) telah dilaksanakan dengan jayanya pada Ahad, 13 Syawal 1432H bersamaan 11 Sept 2011 mulai jam 2.00 petang hingga 6.00 petang di perkarangan pejabat IKRAM SJ yang baru di Putra Heights di sini.
ABJZ pupuk kesedaran pelajar baru KIST Bachok

BACHOK – Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) di Bachok, Kelantan telah berjaya buat kali keduanya menganjurkan program ‘Anda Bijak Jauhi Zina’ (ABJZ) dengan kerjasama Raudhatus Sakinah (RS) Kelantan dan Jawatankuasa Pemuda IKRAM Daerah Bachok.
Malam Badar Hidayah JB kumpul sumbangan lebih RM100,000

JOHOR BAHRU – Acara tahunan Sekolah Islam Hidayah, Malam Badar 2011 yang diadakan pada Sabtu 20 Ogos lalu berjaya mengumpul sumbangan sebanyak RM103,240.74 bagi membantu pembiayaan pembinaan satu lagi blok bangunan sekolah itu yang dianggarkan bernilai RM1.7 juta.
“Kita semua adalah bakal jenazah…”
HULU SELANGOR – Kematian sentiasa berada di hadapan kita. Sama ada manusia suka atau tidak, Allah telah menetapkan bahawa setiap yang bernyawa akan merasai kematian.