NGO PELBAGAI BANGSA DAN AGAMA TERUJA MENYERTAI KARNIVAL MINI FLASH MOB MERDEKA ANJURAN WANITA IKRAM NEGERI SEMBILAN

    

 

Seremban 2, 31 OGOS 2022 –Sambutan Bulan Kebangsaan (SBK) anjuran Wanita IKRAM Negeri Sembilan telah berjaya menarik pengunjung yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama di AEON Seremban 2 pada Hari Kebangsaan 31 Ogos 2022. Sambutan Bulan Kebangsaan (SBK) pada kali ini berkonsepkan ‘Karnival Mini Flash Mob’ diadakan di ruang legar berhampiran pintu masuk utama AEON Seremban 2 bermula dari pukul 10.00 pagi hingga 12.30 tengah hari.

Istimewanya program flash mob ini ialah dapat mengumpulkan orang ramai dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dengan mengenepikan sifat perkauman dan ideologi masing-masing datang dengan semangat yang sama iaitu ‘Walau Kita Berbeza, Tetap Teguh Bersama’. Antara NGO yang hadir menjayakan aktiviti flash mob SBK tersebut ialah Angkatan Belia Islam (ABIM), Negeri Sembilan Chinese Assembly Hall (NSACH), Darus Saadah, Gereja Visitation Seremban, Rasuah Busters Negeri Sembilan, Wadah Pencerdasan Ummah, dan PEMADAM. Program flash mob ini juga dihadiri oleh Timbalan Pengarah Jabatan Perpaduan dan Integriti Negeri Sembilan iaitu En. Mohd Firdaus bin Sulaiman yang mana program ini dilaksanakan secara serentak di semua negeri di seluruh Malaysia.

“Walau kita berbeza daripada rupa fizikal, warna kulit, pemikiran dan anutan agama kita namun Allah menciptakan perbezaan tersebut untuk kita saling mengenali, memahami  dan saling membantu.” Itulah antara petikan ucapan Yang Dipertua IKRAM Negeri Sembilan, Tn. Hj. Amirasyid bin Densibali dalam program ini. Beliau menegaskan tema sambutan bulan kemerdekaan Pertubuhan IKRAM Malaysia iaitu “ Walau Kita Berbeza Tetap Teguh Bersama ” perlu dihayati oleh setiap anggota masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia ini. Objektif flash mob SBK ini adalah membawa agenda PERPADUAN Nasional dengan meraikan kepelbagaian secara praktik dan bekerjasama di setiap peringkat.  Objektif yang hendak kita capai ialah memupuk dan menyemarakkan semangat cinta akan negara, berusaha menjadikan negara lebih baik, agenda perpaduan dan menyemai nilai-nilai murni pada seluruh warga negara untuk membina negara yang lebih baik daripada sebelumnya. Setiap wakil NGO dan juga Jabatan Perpaduan dan Integriti Negeri Sembilan yang diberi peluang menyampaikan ucapan turut bersemangat menyampaikan ucapan kemerdekaan masing-masing.

Pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan sepanjang flash mob SBK ini seperti pertandingan mewarna kanak-kanak yang disertai oleh 45 orang peserta pelbagai bangsa berumur dari 4 tahun hingga 12 tahun, persembahan nyanyian lagu patriotik, persembahan Bicara Berirama oleh murid-murid Sekolah Rendah Islam As Sai’diyah (SRIAS) serta mendeklamasikan sajak dan puisi kemerdekaan. Semua peserta dan pengunjung digalakkan memakai pakaian mengikut tema warna Jalur Gemilang. Pameran daripada institusi IKRAM juga diadakan iaitu Humanitarian Malaysia Care Malaysia (MyCare), Yayasan IKRAM Malaysia dan Hidayah Centre Foundation (HCF) juga turut bersama-sama menjayakan sambutan ini dengan memberikan pelbagai informasi dan belon percuma kepada para pengunjung di AEON Mall Seremban 2 ini.

Seterusnya program ini diceriakan lagi dengan kerjasama pihak Aeon Seremban 2 memberikankan cenderahati buat pengunjung yang lahir pada tanggal 31 Ogos. Program flash mob ini dimeriahkan oleh kehadiran peserta persembahan dan pengunjung seramai 445 orang yang terdiri ahli IKRAM N.Sembilan, pelajar bicara berirama SRIAS bersama ibu bapa masing-masing, wakil-wakil NGO, staf AEON Seremban 2 serta pengunjung Aeon Mall yang bersama-sama menyanyikan lagu patriotik seperti ‘Taburkan Jasa Semaikan Budi’ serta lagu ‘Warisan’ yang dinyanyikan oleh En Mohd Fairus bin Johari, pensyarah di Kolej Vokasional Ampangan. Kemuncak program flash mob ini dimeriahkankan apabila pengunjung menyanyikan lagu ‘Selamanya Malaysia’ penuh semangat sambil mempamerkan plakad dan mengibarkan Jalur Gemilang bersama-sama.

Program ini tamat pada pukul 12.30 tengah hari dan diikuti oleh pihak AEON Seremban 2 memainkan lagu Negaraku tepat pukul 1.00 tengah hari. IKRAM Negeri Sembilan menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program Sambutan Bulan Kebangsaan 2022 kali ini.

 “WALAU KITA BERBEZA TETAP TEGUH BERSAMA”

 

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

[supsystic-social-sharing id='1']

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia