
Hari ini 16 Januari 2016 Sabtu bertempat di Pejabat IKRAM Terengganu, berlangsungnya seminar interaktif Modul Pengurusan Kewangan Keluarga anjuran Jawatankuasa Pemantapan Keluarga Ahli (PeKA) IKRAM Negeri Terengganu. Penceramah jemputan iaitu Tuan Haji Abas bin Sahat yang juga merupakan Bendahari IKRAM Terengganu sudi berkongsi ilmu bagaimana mengurus kewangan keluarga termasuk juga sasaran “financial freedom”. Tahniah buat peserta dan urusetia.