




Seremban, 29 Okt – Wanita IKRAM Negeri Sembilan bersama guru besar dan 4 orang guru Sek. Keb Yam Tuan Hitam, Terachi telah mengadakan perbincangan Model Solusi JKWINS – Modul Cepat Baca Awal. Program berlangsung pada pukul 10.30 pagi sehingga 12.45 tengahari di Pejabat Ikram Negeri Sembilan.
JKWINS diwakili oleh Ketua Unit Model Solusi Pn. Aryati Ariffin , 3 orang trainers modul Cepat Baca Awal, Pn. Nisah Salleh, Pn. Nur Shahirah Ngah & Pn Shahriz Asriffa, Wakil Ketua Wanita IKRAM Seremban, Pn Rosemawati Ali dan Ketua Wanita IKRAM Kuala Pilah, Pn Maznah Sulaiman . Manakala Sek. Keb. Yam Tuan Hitam diwakili oleh Guru besar, Pn Hjh Sakinah dan 4 orang guru iaitu Cikgu Dayang, Cikgu Rosiah, Cikgu Nasir & Cikgu Syuhada.
Objektif perbincangan ini adalah untuk mencari solusi bagi mengatasi anak-anak yang lambat membaca menggunakan kaedah dalam modul Cepat Baca Awal.
Tahniah kepada Jawatankuasa yang terlibat.