Mini Karnival Kesihatan Mendidik Masyarakat Mementingkan Pemakanan Sihat

14hb Disember, Gemencheh – Mini Karnival Kesihatan Felda Bukit Rokan yang diadakan pada hari ini bukan sahaja membawa mesej yang sarat tentang pemilihan makanan yang sihat malah menyatu-padukan masyarakat majmuk. Begitulah ungkapan yang dapat disimpulkan dalam Program Mini Karnival Kesihatan Felda Bukit Rokan yang dianjurkan oleh pihak IKRAM Negeri Sembilan dengan kerjasama MPKK Felda Bukit Rokan.

Program yang berlangsung kira-kira 4 jam itu bermula pada pukul 8.30 pagi hingga pukul 12.00 tengah hari bertemakan ‘Makanan Sihat dan Seimbang’. Antara pesanan utama oleh penceramah jemputan iaitu Tn Mohamad Ihsan bin Tahir, Unit Nutrisi Klinik Kesihatan Gemencheh ialah kita perlu bijak menghidangkan makanan yang berkhasiat dan seimbang untuk keluarga kita agar kita dapat hidup sihat dan ceria. Antara tips makanan sihat yang baik untuk kita ikuti ialah kita tidak patut menambah garam dalam makanan apabila menggunakan perasa monosodium glutamate (msg) kerana perasa msg sudah mempunyai garam yang cukup. Atau jika menggunakan garam tak perlu lagi menambah perasan msg dalam masakan kita bagi mengelakkan garam berlebihan dalam badan. Begitu juga jika menggoreng ikan dan ayam sebaik-baiknya jangan disalut dengan tepung kerana akan menambah kandungan minyak yang tinggi dalam makanan.

Selain mendengar ceramah kesihatan, kaum ibu juga diraikan bakat mereka dalam kemahiran memasak. Pelbagai jenis makanan tradisional yang dihidangkan dalam pertandingan memasak ini seperti sayur maman rendang bilis cili api , baung salai masak lemak cili api, ayam kampung rendang pucuk ubi kayu dan pelbagai hidangan kreatif lagi.

Kanak-kanak turut diraikan dalam pertandingan mewarna ‘Jaga Kesihatan Buah Pinggang Anda’ bermula dari umur 5 hingga 12 tahun. Kelihatan kanak-kanak sangat gembira kerana dapat menunjukkan bakat dan memperoleh hadiah yang berbaloi.

Apa yang menarik dalam program setengah hari ini ialah kita dapat menyaksikan kaum Melayu dan India berganding bahu menjayakan program bermula daripada persiapan program, pendaftaran, ceramah kesihatan pertandingan memasak dan pertandingan mewarna kanak-kanak. Mereka saling membahu dengan jawatankuasa program iaitu pihak MPKK dan IKRAM Negeri Sembilan bagi menjayakan program ini dilaksanakan dengan jayanya.

Pada kesempatan ini, Tn Hj Abdul Latiff bin Thamby, Penyelaras DUN Gemencheh mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak IKRAM Negeri Sembilan yang sudi berganding bahu untuk menyantuni penduduk Felda Bukit Rokan dan masyarakat Gemencheh umumnya. “Program seumpama ini mestilah sentiasa diadakan bagi meningkatkan kesedaran hidup sihat dan mengeratkan hubungan masyarakat setempat,” ucap beliau.
Program ini diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang dan memilih pakaian percuma dalam aktiviti ‘free market’. Bagi menghargai peserta yang hadir, pihak MPKK telah membuat cabutan bertuah dengan hadiah berupa hamper, beras dan minyak masak.

Sekalung penghargaan kepada pihak jawatankuasa, Klinik Kesihatan Gemencheh dan penganjur yang bertungkus-lumus menjayakan program ini dan tahniah diucapkan kepada penduduk Felda Bukit Rokan yang ‘supporting’ menyertai program ini. Semoga Allah memberkati usaha menyantuni masyarakat ini.

#keluargaUtuh

#BinaMasyarakatRahmah

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

[supsystic-social-sharing id='1']

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia