Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Menu Rahmah Penuhi Aspek Pemakanan Sihat, Seimbang

SHAH ALAM – Tular baru-baru ini mengenai dakwaan yang mengaitkan Menu Rahmah dengan penyakit kanser dan autisme kerana pengguna dikhuatiri mendapat hidangan yang bermutu rendah.

Menyangkal dakwaan tersebut, Ketua Wanita IKRAM Negeri Selangor, Prof. Dr. Norhasmah Sulaiman yang dihubungi pemberita tidak lama selepas itu mengesahkan bahawa Menu Rahmah yang diperkenalkan tersebut telah memenuhi keperluan nutrisi yang seimbang kerana mempunyai sumber karbohidrat, protein dan vitamin.

Dalam kenyataannya yang telah disiarkan di akhbar Sinar Ahad bertarikh 19 Februari, beliau yang juga merupakan Ketua Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM itu menjelaskan bahawa Menu Rahmah telah mengikuti standard menu sihat seperti yang telah disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Katanya lagi, adalah tidak wajar membuat dakwaan Menu Rahmah boleh menyebabkan kanser atau autisme kerana hidangan tersebut merupakan hidangan yang biasa dimakan oleh rakyat Malaysia.

Terdahulu, Prof. Dr. Norhasmah turut bersiaran langsung di Astro AWANI pada 10 Februari lalu bagi mengupas mengenai pelaksanaan Menu Rahmah daripada aspek nutrisi dalam kepelbagaian menu hidangan berkenaan dan beliau menyifatkan Menu Rahmah yang diperkenalkan tersebut telah pun memenuhi aspek pemakanan sihat dan seimbang.

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia