Memeluk Islam Kerana Tertarik Dengan Akhlak Gadis Yang Suka Melakukan Kerja Amal

Memeluk Islam Kerana Tertarik Dengan Akhlak Gadis Yang Suka Melakukan Kerja Amal

25hb Nov, – Siapa sangka hatinya terdetik memeluk Islam setelah melihat kerja amal seorang gadis? Encik Siraj seorang usahawan menghubungi Hidayah Centre (HC) Seremban sejak bulan Ogos lalu telah menyatakan hasrat melafazkan syahadah keislamannya. Lafaz syahadah ini tertangguh beberapa kali kerana tarikh yang tidak sesuai dengan jadual kerja dan akhirnya dapat disempurnakan di Surau Al-Amin Maahad Tahfiz As-Sa’idiyyah, Seremban. Peristiwa penuh makna ini disaksikan oleh Tn Hj Ridzuan Bin Ismail, Pengerusi Hidayah Centre N. Sembilan, Tn Hj Jamaludin Bin Hassan, JK IKRAM Negeri Sembilan dan Pn Norhayati Binti Baharum, Pengetua serta guru-guru Maahad Tahfiiz As-Sa’idiyyah.

Alhamdulillah, En Siraj juga meminta Hidayah Centre (HC) Seremban menguruskan hajat hatinya untuk mendirikan rumahtangga bersama pasangan pilihan hatinya bernama Syaabaniah seorang gadis India Muslim yang dikenali sejak 5 tahun lalu dalam satu kerja amal. Beliau tertarik dengan perwatakan gadis yang lemah-lembut itu untuk dijadikan ‘Suri Hati’nya kerana suka membantu masyarakat dalam kerja-kerja amal. Detik pertemuan dengan gadis manis ini membuka hatinya untuk memeluk Islam.

Puan Ashirah bt Abdul Kasim dan Tn Hj Ridzuan bin Ismail, wakil HC Seremban membantu En Siraj dan pasangannya Syaabaniah dalam urusan pernikahan ini. Akad nikah pasangan ini dimeterai di Masjid Jamek Klana Petra Sendeng, Ampangan pada 24 November lepas kira-kira pada pukul 11.00 pagi dengan sekali lafaz. Puan Ashirah yang juga merupakan kakak angkat Siraj menjadi wakil pihak lelaki manakala Pn Syaabaniah diwakili oleh bapanya Mohd Imran dalam majlis tertutup tersebut. Semoga mahligai yang dibina ini berkekalan hingga ke akhir hayat. Benarlah kata orang, hidayah ini milik Allah. Oleh itu, marilah sama-sama kita doakan pasangan pengantin baru ini berbagia untuk melahirkan keluarga yang sakinah dan mawaddah.

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia