Sabtu, 14 Mei 2022 – Pertubuhan IKRAM Batu meraikan Sambutan Ramah Mesra Aidilfitri pada malam tadi. Dewan Orang Ramai, Taman Koperasi Polis Fasa 2, Kuala Lumpur dikunjungi oleh jemputan sebelum pukul lapan malam lagi.
Menurut pengarah program, yang juga Ketua Wanita IKB, Puan Noor Akidah binti Jahaya, kehadiran dianggarkan seramai 400 orang, melebihi dari jangkaan.
YDP IKRAM Batu, Haji Wan Mohd Zukri Che Mat Zin mengucapkan terima kasih kepada semua AJK yang terlibat dan berbesar hati dengan kehadiran ahli-ahli dan keluarga kita dari PPR Batu Muda, PPR Intan Baiduri, Flat Taman Sentul Utama, PPR Beringin dan PA Seri Perak.
Senduduk putih menari-nari,
Kembang merendang di tepi jalan,
Sungguh suci di Aidilfitri,
Kembali fitrah kita raikan.
Pelbagai juadah telah disediakan. Cabutan bertuah menambah kemeriahan. Tidak dilupakan juga, pemberian duit raya buat anak-anak bawah 12 tahun dan persembahan nasyid yang menceriakan lagi suasana majlis.
Turut hadir adalah YDP IKRAM KL, Haji Zainal Adnan bin Abdul Halim dan sahabat-sahabat ahli IKRAM dari kawasan yang lain.