Majlis Ramah Mesra bersama Pemimpin Wanita Setempat

KAJANG – Dalam usaha mengeratkan hubungan dengan masyarakat dan mengenali pemimpin wanita setempat, Wanita IKRAM Kajang telah menganjurkan Majlis Ramah Mesra Wanita IKRAM Kajang bersama Penggerak Pembangunan Wanita Setempat pada Ahad lalu, di sini.

Pertemuan yang diketuai Ketua Wanita IKRAM Kajang, Puan Hazdiana Bahari itu telah berlangsung di Pusat Komuniti IKRAM Kajang bermula jam 9 pagi.

Berkongsi kepedulian yang sama terhadap kebajikan wanita, keluarga dan kanak-kanak, antara pemimpin wanita setempat yang telah hadir ialah wakil Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Sungai Tangkas, Puan Hjh. Mariam Sulaiman dan Puan Jamaah Adnan, wakil Ahli Jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Sg. Tangkas, Puan Azlina Soib serta wakil Persatuan Penduduk Apartment Tropika, Puan Azmiah Mohd Noor dan Puan Norhapizah Akil.

Selain itu, beberapa wakil ahli jawatankuasa muslimat dari Surau Al-Hidayah, Surau Al-Munawwar dan Surau Ar-Raudah, Taman Tropika 2 turut hadir. Majlis tersebut tamat pada kira-kira jam 11 pagi.

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia