Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Mahasiswa Berbakti Kepada Masyarakat Sertai Gotong-royong

 

Perkara ini bersesuaian dengan galakan daripada Baginda Rasulullah SAW yang menitikberatkan amalan sukarela dan melakukan kebajikan kepada orang lain melalui hadis baginda yang bermaksud:

“Yang paling disukai Allah ialah mereka yang paling bermanfaat kepada manusia yang lain. Tingkah laku yang paling disukai ialah yang menggembirakan orang Islam yang lain atau meringankan bebannya atau melangsaikan hutangnya atau menyelamatkannya dari kelaparan.”

Pada 24 Mei yang lalu, gotong-royong perdana ini telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran YB Datuk Dr. Lee Kim Shin dan beberapa tetamu jemputan khas yang lain untuk turut menyokong.

Gotong-royong ini juga turut melibatkan beberapa kelab aktif yang lain seperti wakil dari Borneo Youth Leadership Conference dari Curtin Universiti, Pusat Kesihatan Bahagian (PKB) Miri, Persatuan Bulan Sabit Merah dari Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri, dan lain-lain.

ISM telah menghantar 12 orang wakil untuk terlibat dalam program ini. ISM telah diberi tugas untuk memasak dan memantau pertandingan mewarna kanak-kanak.

Kumpulan memasak telah berjaya menyediakan beberapa jenis masakan tempatan untuk makan tengah hari bagi hidangan kira-kira 200 orang.

Gotong-royong daripada penglibatan semua pihak selesai pada jam 11:00 pagi dan makan tengah hari bersama tetamu jemputan khas, pemimpin masyarakat, dan penduduk kampung berlangsung pada jam 11:30 pagi setelah upacara simbolik penanaman anak pokok oleh YB Datuk Dr. Lee Kim Shin dan upacara penyampaian hadiah untuk pertandingan mewarna kanak-kanak.

Penglibatan mahasiswa ini bukan sahaja mampu menerapkan semangat kesukarelawanan, juga program ini dapat menjadi platfom bagi mahasiswa menyantuni dan mengenal dengan lebih rapat masyarakat kampung yang berada di perkampungan di sekitar Miri.

ISM berharap dengan adanya program sebegini mampu melahirkan mahasiswa yang mempunyai ciri kesukarelawanan yang tinggi dan mampu menabur bakti kepada masyarakat.

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia