PONTIAN, 23 April 2016 – Lebih 200 orang perwakilan dan pemerhati menghadiri Majlis Perwakilan Negeri (MPN) Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) Negeri Johor dekat sini pada hari ini.
Bertempat di Auditorium Sekolah Tinggi Cina Pei Chun, Pontian Besar, majlis dirasmikan oleh Yang Dipertua IKRAM Negeri Johor, Ust. Dr. Ajmain Safar mewakili Naib Presiden IKRAM, Ust. Burhanuddin Lukman yang tidak dapat hadir.
Dalam ucapan yang dibacakan Ust. Dr. Ajmain, Ust. Burhanuddin menegaskan kembali tentang misi dan visi IKRAM untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara rahmah yang menuntut setiap ahli IKRAM untuk melakukan penambahbaikan berterusan dalam setiap gerak kerja yang dilakukan. Beliau juga melaporkan perkembangan-perkembangan terkini dalam IKRAM dari sudut keahlian, kewangan serta perancangan strategik dan cabaran-cabaran yang bakal dihadapi ke arah mencapai misi dan visi yang digariskan.
Menurut perlembagaan IKRAM, MPN merupakan majlis yang berperanan memantau perlaksanaan dasar dan perancangan utama IKRAM pada peringkat negeri. Selain itu, MPN juga berfungsi sebagai medan pemilihan ahli-ahli Jawatankuasa Negeri (JKN) yang merupakan barisan kepimpinan IKRAM di peringkat negeri.Dalam sesi pemilihan pada MPN kali ini, barisan kepimpinan berikut telah terpilih untuk memimpin perjalanan IKRAM Negeri Johor bagi sesi 2016-2018:
Yang Dipertua: Ust Dr Ajmain Safar
Timbalan Yang Dipertua:Hj Mokri Sabran
Ketua Wanita: Hjh Sabariah Manshor
Setiausaha: Hj Aminuddin Alias
Penolong Setiausaha: Ahmad Daniel Sharudin
Bendahari: Hj Abd Razak Jambari
Ahli-ahli Jawatankuasa:
1. Ust Mohamed Hairozi Mohamed
2. Dr Md Zin Kandar
3. Dr Mohamed Wijayanuddin Ali
4. Dr Zulkifli Khair
5. Dato Dr Norzam Darmin
6. Hj Hassan Hushin
7. Ramlee Mamat
8. Hj Zamani Md Zain
Pengerusi Tetap: Hj Yusuf Suratman
Timbalan Pengerusi Tetap: Dr Nordin Yahya
Pemeriksa Kira-kira 1: Hj Kusaini Kandar
Pemeriksa Kira2 2: Hj Zaidon Rais
Selain dari nama-nama yang terpilih di atas, tujuh lagi Ahli JKN akan dilantik dalam mesyuarat JKN.
Dalam majlis yang sama, Ust. Dr. Ajmain menyampaikan kad nama IKRAM sebagai simbolik penyerahan tugas kepada semua Yang Dipertua IKRAM Daerah-daerah serta Ketua-ketua Wanita IKRAM Daerah sesi 2016-2018. Kad-kad nama berkenaan ditaja oleh Amani Printing.