Latihan Dalam Kumpulan; Kecerdasan Emosi (Emotional Intelligence) oleh Wanita IKRAM NS

Wanita IKRAM Negeri Sembilan Menyantuni Remaja di SMK Teknik Tuanku Jaafar Seremban : Latihan Dalam Kumpulan; Kecerdasan Emosi (Emotional Intelligence)
Seremban, 28 Okt 2022 – Wanita IKRAM Negeri Sembilan bersama-sama Malaysian Against Pornography (MAP) Negeri Sembilan meluangkan masa bersama-sama pelajar perempuan Tingkatan 4 dalam latihan dalam kumpulan bertemakan kecerdasan emosi (Emotional Intelligence, EI).
Latihan dalam kumpulan yang bertemakan EI ini di pimpin oleh Dr Nur Athira Binti Muhamad Yunus, Pegawai Perubatan Daerah Jempol.
Latihan dalam kumpulan EI ini berobjektifkan pemerkasaan pelajar dengan kemahiran kecerdasan emosi yang merangkumi;
1. Recognise; kebolehan mengenal pasti emosi dari diri sendiri dan orang sekeliling melalui riak wajah, gerak tubuh, nada suara dan intonasi nada suara.
2. Understanding emotions; kemahiran mengenal pasti punca emosi terhasil dan memahami bagaimana emosi mempengaruhi pemikiran, keputusan, perbuatan dan tindakan akhir diri sendiri dan orang sekeliling.
3. Labelling emotions; kemahiran menghubungkan emosi dengan label yang terbaik agar mudah difahami
4. Expressing emotions; kemahiran mengekspresikan emosi sesuai dengan individu sekeliling, situasi, dan norma masyarakat.
5. Regulating; kemahiran menggunakan cara terbaik dalam mengawal dan menyalurkan emosi secara sihat.
Para pelajar dibahagikan kepada 5 kumpulan besar dan melakonkan 20 emosi lazim secara lakonan tanpa lisan. Rakan-rakan sebaya berusaha untuk meneka emosi yang di ekspresikan mengikut kreativiti dan pemahaman pemahaman pelajar.
Setiap kumpulan dipimpin oleh fasilitator MAP bagi memastikan objektif ekspresi emosi secara sihat lancar. Para pelajar menunjukkan pelbagai usaha kreativiti positif sepanjang latihan dalam kumpulan ini.
Para pelajar kemudian bersama-sama pimpinan Dr Nur Athira menjalani latihan rekaan personal Stress ToolBox Kit. Personal Stress Toolbox Kit ini bertujuan untuk para pelajar mengenalpasti cara terbaik yang positif yang bersesuai dengar kemampuan para pelajar dalam menghadapi tekanan dalam kehidupan sebagai seorang pelajar muslim perempuan. Stress ToolBox Kit ini mempunyai aktiviti sihat seperti hobi, rakan atau ahli keluarga yang boleh di jadikan tempat berbual meluahkan perasaan dan sumber luar seperti media sosial Instagram, TikTok dan YouTube yang boleh dimanfaatkan pelajar dengan baik.
Para pelajar memberikan kerjasama dan interaksi yang baik sepanjang latihan berlangsung. Pihak Wanita IKRAM Negeri Sembilan dan MAP Negeri Sembilan berharap agar usaha ini dapat mempersiapkan para pelajar dengan kemahiran EI yang lebih baik melahirkan pelajar solehah dan bermanfaat kepada diri sendiri dan masyarakat sekeliling.
Pihak Wanita IKRAM Negeri Sembilan dan MAP Negeri Sembilan mengucapkan tahniah dan terima kasih di atas komitmen, kepercayaan dan peluang yang diberikan oleh pihak pentadbiran dan pengurusan Sekolah Menengah Teknik Tunku Jaafar, Seremban.
Semangat berusaha dan proaktif mendildik mengasuh dan memimpin para pelajar secara kolektif melalui kerjasama ini diharapkan berterusan dan disambut baik oleh semua sekolah, komuniti dan masyarakat seluruh Negeri Sembilan.
Sumber Rujukan;
1. RULER Approach ; Emotions Matter. rulerapproach.org
2. SAYA Inisiatif advokasi tentang kesedaran isu kesihatan mental di kalangan orang muda. linktr.ee/SAYA.ikrammuda

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia