Pengenalan
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Pahang (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam.
Wawasan
- Malaysia menjadi sebuah negara yang mendaulatkan syariat Islam pada tahun 2020.
Misi
- Melaksanakan dakwah dalam usaha meyakinkan masyarakat bahawa Islam adalah satu-satunya sistem hidup yang mampu menyelesaikan semua permasalahan;
- Berjuang membangunkan sebuah masyarakat maju berasaskan manhaj taghyir yang tepat, tasawur Islam yang syumul dan tarbiah yang mantap dengan memanfaatkan teknologi dan amalan terbaik pengurusan;
- Membina kekuatan umat dengan membudayakan pendekatan perkongsian dan permuafakatan.
- Matlamat
- Menyebarkan risalah Islam melalui dakwah serta mempertahankannya daripada kebatilan dan syubahat;
- Mengumpulkan hati dan jiwa individu Muslim di atas dasar Islam dan membina akhlak yang mulia;
- Meninggikan taraf sosioekonomi umat Islam;
- Memupuk keadilan masyarakat dan kesejahteraan sosial serta membanteras kejahilan, kemiskinan dan keruntuhan moral di samping menggalakkan kerja kebajikan tanpa mengira bangsa dan agama;
- Memperjuangkan hak umat Islam dan berusaha meningkatkan kesatuan dan perpaduan dalam kalangan mereka;
- Menegakkan syariat Islam secara praktikal;
- Mengadakan hubungan dan kerjasama dengan mana-mana pihak dalam memajukan kepentingan umat Islam;
- Bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang mempunyai objektif yang selari bagi memajukan kepentingan Islam, umat Islam dan masyarakat.