Tunas KRS Musleh ditubuhkan pada 21 Januari 2008 setelah MUSLEH, iaitu rangkaian sekolah-sekolah di bawah Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), diterima secara rasminya sebagai ahli gabungan KRS Peringkat Kebangsaan.
Pemasyhuran KRS Musleh dibuat oleh YB Dr. Hj. Mohd Puad bin Zarkasyi, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia bersempena Perkhemahan Nasional KRS Musleh pada 22 Disember 2009.
Modul TKRS membangunkan jasmani murid-murid melalui kegiatan-kegiatan yang mencabar serta inteleknya melalui kegiatan-kegiatan kreatif. Selain itu, jiwa dan rohani dilatih melalui amalan langsung ibadah khusus dan umum. Modul ini meraih emas dalam Anugerah Inovasi Patuh Syariah kategori industri pada November baru-baru ini.
Ucapan penutupan kursus induksi ini disempurnakan oleh Dr. Haji Azhar bin Haji Ahmad, Ketua Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.
SRI Al-Amin Kuching yang mula beroperasi pada tahun 2012 dan terletak di Lorong Matang Jaya 4 ini merupakan sekolah rendah yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia Bahagian Pendidikan Swasta. Ia juga sebahagian daripada 41 buah sekolah di dalam rangkaian IKRAM-MUSLEH.