Kunjungan Hormat ke Divisyen Wanita, KLSCAH

Kuala Lumpur – Soal perpaduan antara kaum dan kerencaman masyarakat majmuk di Malaysia ialah antara perkara yang dibincangkan dalam kunjungan hormat Wanita IKRAM Selangor ke Divisyen Wanita, Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), di ibu negara semalam.

Kunjungan diketuai Ketua Wanita IKRAM Selangor, Prof. Dr. Norhasmah Sulaiman dan disambut oleh Ketua Wanita KLSCAH, Ong Soo Lee serta barisan ahli jawatankuasanya.

Turut dibincangkan dalam pertemuan yang berlangsung selama hampir 3 jam itu, peranan setiap warga dalam mengurus setiap isu yang boleh membawa kepada konflik perpecahan selain hal pengukuhan dan pemerkasaan agenda perpaduan yang tiada noktahnya.

Kesempatan yang ada juga turut digunakan oleh kedua-dua pihak untuk membina silaturahim melalui aktiviti kebudayaan yang disediakan oleh tuan rumah sempena hari ke-14 Sambutan Tahun Baharu Cina yang jatuh semalam dan melihat ruang kerjasama dalam merangka program-program ke arah pemahaman, penghayatan dan amalan berkomunikasi secara silang budaya.

Hadir sama, Setiausaha Wanita IKRAM Selangor, Roselinee Mohammad Radzi dan 3 lagi ahli jawatankuasa. Pertemuan berakhir kira-kira jam 1 petang.

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia