Knowing Me Knowing You Beri Pendedahan Piagam Wanita Islam

Golongan konservatif pula berpegang dengan konsep manusia tidak harus menentang suruhan Tuhan dan mesti menurut sahaja doktrin agama sehingga berlaku penafian terhadap hak wanita atas nama Tuhan dan agama.

Justeru, atas kesedaran ini, Wanita IKRAM Bintulu menganjurkan Seminar ‘Knowing Me, Knowing You’ bagi memberi pendedahan tentang Piagam Wanita Islam. Piagam ini menerangkan langkah dan penyelesaian yang lebih sejahtera yang digarapkan oleh Islam yang bersifat seimbang dan wasatiah.

Seminar ini diadakan di Auditorium Perpustakaan BDA, Bintulu pada 24 Mei yang lepas. Penerangan tentang Piagam Wanita Islam ini disampaikan oleh Dr. Hafidzah Mustakim, Timbalan Ketua Wanita IKRAM Malaysia.

Piagam ini menggariskan tiga penegasan utama iaitu pertama, mengiktiraf kepentingan peranan wanita dalam pembangunan diri, keluarga dan masyarakat yang mana peranan lelaki dan wanita saling melengkapi dalam mewujudkan umat pertengahan iaitu umat yang menegakkan keadilan, bersifat sederhana dan melaksanakan kebaikan.

Ia selari dengan firman Allah SWT dalam surah Taubah ayat 71, ‘dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu diberi rahmat oleh Allahl sesungguhnya Allah Maha Kuasa lagi Maha bijaksana’.

Kedua, ia mengiktiraf prinsip kesamarataan dan kesaksamaan lelaki dan wanita menurut nilai-nilai Islam dengan mengambil kira fungsi biologi dan peranan setiap jantina dan kemampuan mereka dalam memberikan khidmat terbaik kepada keluarga dan masyarakat.

Islam mengiktiraf lelaki dan wanita diciptakan mempunyai hak dan peluang yang sama rata untuk beribadah dan menjadi hamba yang terbaik serta hak-hak kehidupan yang asas seperti pendidikan, kesihatan dan mendapat layanan yang baik.

Namun pada masa yang sama, Islam juga meraikan perbezaan biologi lelaki dan wanita. Perbezaan biologi ini menuntut kesaksamaan dan keadilan dalam pembahagian peranan dan tanggungjawab masing-masing mengikut kesesuaian dan kemampuan masing-masing.

Ketiga, ia turut mengiktiraf dan menuntut lelaki dan wanita berperanan dalam memantapkan dan mengukuhkan institusi keluarga.

Hubungan lelaki dan wanita dalam rumahtangga adalah suatu hubungan yang mulia, berkongsi hidup, saling berbagi tugas dan baik layanan serta menunaikan tanggungjawab dengan sempurna menurut syariat.

Lelaki sebagai pemimpin seharusnya menjalankan amanah yang terpikul di bahunya seperti memberi nafkah dan pelindungan serta terlibat dalam mendidik anak-anak. Manakala wanita pula sebagai pengurus rumahtangga yang melaksanakan tanggungjawab untuk memelihara, mendidik dan merawat anak-anaknya.

Kedua-dua lelaki dan wanita dalam keluarga seharusnya menjadi contoh terbaik supaya boleh menjadi ikutan dan teladan kepada anak-anak.

Seminar ini mendapat respons positif daripada peserta yang hadir. Seramai 100 orang wanita yang berasal daripada pelbagai agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

[supsystic-social-sharing id='1']

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia