MyCARE, IKRAM Siswa Kota Samarahan dan rakan daripada ATM turut terlibat dalam gotong-royong membersihkan kawasan dewan, tadika dan surau di kampung tersebut.
Sejumlah 25 buah rumah menerima pek makanan selepas rumah mereka terjejas akhibat banjir lumpur untuk kali kedua dalam tempoh dua minggu.
Sumbangan tersebut diserahkan oleh sukarelawan MyCARE yang diketuai Fadly bin Hasbi, Timbalan Pengerusi MyCARE negeri Sarawak dan Ustaz Ariffin bin Sebli, Pengerusi Jawatankuasa Ulama Pertubuan IKRAM Malaysia negeri Sarawak.