Program anjuran JK Belia dan Remaja Negeri Terengganu sempena cuti sekolah.
Tahniah kepada semua peserta Siri Tamrin Remaja Soleh (STARS) yang telah mengikuti program ini bermula petang semalam, 19 Mac 2015. Program ini adalah siri pertama yang berjaya dikendalikan untuk tahun ini.
Antara slot pengisian adalah Ana Khalifah Muda, Membawa Remaja ke Syurga dan Ana & Perubahan yang telah disampaikan oleh Tn Hj Fakhrul Anuar b Zulkawi, Pengerusi JKBR IKRAM Terengganu. Sepanjang program ini peserta dibimbing untuk mentadabbur ayat-ayat Al-Quran dan mengambil hikmah yang besar daripadanya.
Harapan kami agar adik-adik ini diberikan kekuatan untuk membangun dan memperbaiki diri seterusnya membawa perubahan yang positif di kalangan lingkungan mereka.
Syabas juga diucapkan kepada ibubapa yang telah menghantar anak-anak ke program ini. Semoga momentum kesedaran ini terus dibangkitkan dengan amalan yang istiqomah.