Keselamatan Siber Melibatkan Kanak-Kanak: Kunjungan Hormat ke CyberSecurity Malaysia

CYBERJAYA – Bertanggungjawab dalam membangunkan pelbagai program termasuk latihan kompetensi, latihan keupayaan dan platform perkongsian pengetahuan untuk profesional teknologi komunikasi dan maklumat, Naib Presiden Kanan Bahagian Outreach dan Pembangunan Kapasiti, CyberSecurity Malaysia, Lt. Kol. Mustaffa Ahmad menyambut baik hasrat Wanita IKRAM Selangor untuk meningkatkan kesedaran tentang isu keselamatan siber melibatkan kanak-kanak sewaktu mengadakan kunjungan hormat ke CyberSecurity Malaysia pada Rabu, 2 Ogos yang lalu di sini.

Pertemuan tersebut diatur dalam rangka usaha Wanita IKRAM Selangor untuk merancang langkah advokasi dan intervensi bersesuaian berkaitan isu keselamatan siber melibatkan kanak-kanak di Selangor khususnya.

Dalam pertemuan yang berlangsung selama hampir 2 jam itu, Ketua Wanita IKRAM Selangor, Prof. Dr. Norhasmah Sulaiman antara lain turut berkata bahawa kanak-kanak merupakan golongan yang sangat terdedah kepada ancaman dan risiko seperti penipuan, eksploitasi, buli dan rangsangan siber memandangkan kanak-kanak pada hari ini mendapat akses internet pada usia lebih awal.

Mengalu-alukan usaha tersebut, Lt. Kol. Mustaffa berkata, CyberSecurity Malaysia menawarkan pelbagai bentuk perkhidmatan dan kepakaran keselamatan siber kepada sektor awam dan swasta serta komuniti untuk dimanfaatkan dan menyambut baik sebarang inisiatif untuk bekerjasama pada masa akan datang.

Pertemuan tersebut berakhir pada kira-kira jam 4.30 petang. Hadir sama, Setiausaha Wanita IKRAM Selangor, Roselinee Mohammad Radzi, Jawatankuasa Pembangunan dan Pembelaan Kanak-Kanak, Farrah Idayu Abdul Mutalib dan barisan jawatankuasa yang lain.

Terdahulu, Wanita IKRAM Selangor turut menganjurkan perbincangan meja bulat mengenai usaha advokasi tentang isu sama melibatkan pakar-pakar daripada organisasi yang berkaitan pada 11 Jun lalu.

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

[supsystic-social-sharing id='1']
Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia