Kempen #RasuahBusters Adalah Gelombang Gerakan Rakyat

Kuantan, 26 Jun 2022 – Alhamdulillah telah selesai Mesyuarat Rakan Gabungan #RasuahBusters di Pahang. Program ini dianjurkan di Hotel Cathayana, Kuantan. IKRAM Negeri Pahang merupakan salah satu NGO yang dijemput menyertai mesyuarat ini.

 

Kempen #RasuahBusters adalah gelombang gerakan oleh rakyat demi rakyat untuk menghapuskan budaya memberi atau menerima rasuah serta sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa di dalam ekosistem di negara ini.

 

Ia bertujuan membersihkan sistem nilai yang telah korup yang berlaku di segenap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.

 

Tahniah diucapkan kepada Profesor Madya Ir. Dr Mohamad Rizza Bin Othman (IKRAM Negeri Pahang) atas pelantikan sebagai Ketua Pasukan #RasuahBusters Negeri Pahang.

 

Semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan memberi kebaikan.

 

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

[supsystic-social-sharing id='1']

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia